PASUKAN pejuang Hezbollah dan rejim Israel saling melancarkan serangan udara di sepanjang sempadan pada Rabu.

Serangan itu sekaligus meningkatkan ketegangan konflik yang kini semakin memuncak.

Beberapa roket bagaimanapun dipintas rejim Zionis berhampiran bandar Marjayoun di selatan Lubnan.

Kempen serangan Israel di Lubnan menyebabkan 1.2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Israel berdalih dengan mengatakan bahawa serangan bertujuan mengusir pejuang Hezbollah dari kawasan sempadan, bagi membolehkan puluhan ribu rakyat Israel kembali ke kediaman mereka.

Bagaimanapun Hezbollah mengatakan mereka bertindak balas ke atas Israel sebagai tanda solidariti dengan Palestin.

Di Lubnan, kerajaan negara itu melaporkan kekejaman Zionis meragut 2,530 nyawa, termasuk sekurang-kurangnya 63 orang dalam tempoh 24 jam yang lalu.