TEHRAN: Seorang komander kanan Iran mengulangi ancaman serangan ketenteraan baharu terhadap Israel tetapi enggan berkongsi butiran lanjut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Agensi Berita Tasnim pada Ahad.

Agensi berita itu yang dilihat berkaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran melaporkan bahawa Ali Fadavi memberitahu pemberita di Tehran pada Ahad bahawa operasi baharu pasti akan dilaksanakan.

"Tidak mungkin untuk mengulas mengenai butirannya," tambahnya.

Kenyataan itu dibuat susulan amaran serupa yang dibuat pada Sabtu oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - BERNAMA