TEL AVIV: Israel mengemukakan dakwaan baharu berkaitan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA).

Jurucakap tentera, Daniel Hagari mendakwa sejumlah 450 kakitangan agensi itu merupakan anggota pejuang Hamas di Gaza.

Menurutnya, Hamas mengeksploitasi organisasi bantuan dan menggunakannya untuk melakukan jenayah kemanusiaan.

Israel turut mengemukakan bukti dan hasil risikan rakan antarabangsa, termasuk PBB.

Kata Hagari, komuniti dunia berhak mendapat penjelasan berkenaan pendedahan terbaru ini.