PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan, adalah satu "kesilapan besar" jika Israel menduduki semula Gaza, lapor portal berita CNN.
Namun begitu, kata Biden, Israel "harus bertindak balas" dan "menggempur Hamas" selepas serangan keganasan minggu lepas - yang beliau bandingkan dengan Holocaust - dalam satu temu bual yang disiarkan pada hari Ahad.
Dalam wawancara bersama program 60 Minutes itu, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan "pengepungan sepenuhnya" di Gaza, Biden berkata, beliau yakin Israel akan bertindak mengikut peraturan perang dan akan ada "keupayaan bagi penduduk Gaza yang tidak bersalah untuk mendapat akses kepada ubat, makanan dan air."
Temu bual itu direkodkan oleh CBS News pada Jumaat lalu dan disiarkan di 60 Minutes pada hari Ahad.
Pada satu soalan lain, apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong pendudukan Israel di Gaza pada masa ini, Biden berterus-terang - tanpa berselindung.
"Saya fikir itu akan menjadi kesilapan besar," katanya.
"Lihat, apa yang berlaku di Gaza, pada pandangan saya adalah Hamas dan elemen ekstremis Hamas tidak mewakili semua rakyat Palestin.
“Dan saya fikir ... ia akan menjadi kesilapan untuk ... Israel untuk menduduki ... Gaza lagi. Kami ... tetapi memasuki dan menghapuskan ekstremis, Hezbollah di utara dan Hamas di selatan. Adalah keperluan yang diperlukan," tegas Biden memberikan peringatan.
Ini merupakan amaran terbuka dan tegas oleh Presiden AS menentang pendudukan Israel di Gaza.
Biden juga memberitahu, beliau ingin melihat bantuan dikirim ke Gaza dan laluan kemanusiaan dibuka bagi memberi peluang kepada penduduk awam meninggalkan kawasan tersebut, tetapi berkata ia adalah "sukar."
Sehubungan itu, beliau berkata, pentadbirannya sedang berusaha dengan pegawai Israel dan Mesir.
Ketika beliau percaya Hamas harus dimusnahkan sepenuhnya, Biden menambah "perlunya ada Pihak Berkuasa Palestin. Perlu ada - jalan menuju negara Palestin."
Pada soalan sama ada sekarang masa untuk genjatan senjata dilakukan, Presiden AS itu hanya menyuarakan pandangan dan sokongan untuk tindakan lanjut diambil terhadap Hamas.
"Lihat, ada perbezaan asas di sini," kata Biden.
"Israel sedang menentang sekumpulan orang yang terlibat dalam keganasan yang seperti Holocaust. Lalu - saya fikir Israel harus bertindak balas. Mereka harus menggempur Hamas." - Agensi
Agensi
Mon Oct 16 2023
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan, adalah satu "kesilapan besar" jika Israel menduduki semula Gaza. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.