"Dan musuh-musuh kita yang tidak memahami perkara ini sehingga kini, akan memahaminya tidak lama lagi," ujar Halevi.
Beliau membuat kenyataan itu semasa lawatannya ke pangkalan udara Tel Nof berhampiran Tel Aviv sebelum ini.
"Kami akan bertindak balas, kami tahu bagaimana untuk mengenal pasti sasaran penting, kami tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan," katanya merujuk pada serangan Iran ke atas Israel pada Selasa lalu.
Selepas menyatakan Iran melepaskan sekitar 200 peluru berpandu ke arah Israel pada Selasa, Halevi menyifatkan kerosakan akibat serangan itu sebagai "agak kecil."
Halevi juga berkata, IDF merancang untuk "menguatkan pasukan mereka" semasa meneruskan operasi di rantau ini. - Agensi