Iran sahkan dua peluru berpandu tembak jatuh pesawat Ukraine
Iran hari ini mengesahkan dua peluru berpandu telah menembak jatuh pesawat Ukraine PS752 dalam insiden awal bulan ini.
Agensi
Tue Jan 21 2020
Penyiasat mendapati bahawa dua peluru berpandu Tor-M1 telah dilepaskan ke arah pesawat, ujar Pertubuhan Penerbangan Awam Iran. - Gambar fail
Iran hari ini mengesahkan dua peluru berpandu telah menembak jatuh pesawat Ukraine PS752 dalam insiden awal bulan ini yang turut mengorbankan kesemua 176 individu dan mencetuskan protes membantah kejadian itu.
Menurut pihak berkuasa penerbangan, pihaknya masih belum menerima maklum balas positif selepas meminta bantuan teknikal dari Perancis dan Amerika Syarikat untuk menyahkod kotak hitam pesawat yang jatuh tersebut.
"Penyiasat mendapati bahawa dua peluru berpandu Tor-M1 telah dilepaskan ke arah pesawat," kata Pertubuhan Penerbangan Awam Iran dalam laporan awal yang disiarkan di laman webnya lewat malam tadi.
Katanya lagi, siasatan untuk menilai kesan yang berlaku akibat nahas itu masih berterusan.
Kenyataan tersebut sekali gus mengesahkan laporan The New York Times termasuk rakaman video menunjukkan dua peluru berpandu menembak pesawat Ukraine International Airlines. - Agensi