Pentadbiran Amerika Syarikat di bawah presiden pilihan Donald Trump tidak akan mengikut rancah retorik perkauman dan ekstrem individu mahupun penyokong hala kanan beliau.
Presiden Persatuan Malaysia Untuk Pengajian Amerika Syarikat (MAAS), Prof Dr K.S. Nathan berkata Amerika Syarikat mempunyai institusi pentadbiran yang berpengaruh dan berpengalaman.
Jelasnya, institusi pentadbiran negara kuasa dunia terbesar itu tidak akan membenarkan Trump untuk melakukan sesuka hatinya, terutamanya dalam isu polisi luar negara dan diplomasi.
"AS adalah negara demokrasi. Trump tidak boleh membuat apa sahaja yang beliau lakukan dan institusi-institusi ini tidak akan membenarkan beliau membahayakan negaranya.
"Dalam isu diplomasi, institusi sedia ada ini akan memastikan bahawa sebarang hubungan AS dengan negara-negara lain di serantau dunia dipelihara, terutamanya di Asia Tenggara kerana AS tidak mampu kehilangan rakan dikala pengaruh negara Cina bertambah kuat," katanya selepas majlis 'Diskusi Panel Donald Trump, AS Berpecah dan Dunia Terancam: Pandangan Awal dan Jangkaan' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada Rabu.
Beliau yang juga pengarah di Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Trump juga tidak dijangka boleh memberi ancaman kepada negara-negara Islam walaupun beliau pernah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman dan anti-Islam, terutamanya kepada masyarakat minoriti di AS.
"Trump tidak akan boleh mengasingkan negara-negara Islam sepanjang pentadbirannya kerana negara-negara Islam atau dengan penduduk Islam ramai adalah banyak dan hampir mustahil bagi beliau berbuat demikian tanpa membawa kerosakan kepada AS.
"Malah saya yakin bahawa institusi-institusi kerajaan AS tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana ia akan merugikan mereka. Terdapat beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan ekonomi dan diplomasi yang kuat dengan AS.
"Adalah mustahil bagi saya jika Trump akan menamatkan hubungan itu. Malah kita boleh lihat sendiri bagaimana beliau tidak lagi memberikan sebarang kenyataan negatif berhubung masyarakat Islam dan minoriti AS seperti yang beliau laungkan sepanjang kempennya.
"Ini kerana beliau sendiri mengetahui kerugian yang akan dialami beliau dan negara nya jika beliau menurut retorik kempennya," jelasnya.
Menurut ahli akademik di Jabatan Sejarah dan Peradaban UIAM, Prof Abdullahil Ahsan, corak politik di negara barat termasuk AS semakin mendekati pemahaman hala kanan yang bersifat perkauman, ekstrem dan tiada toleransi. Namun pemikiran hala kanan itu merupakan sebuah reaksi masyarakat yang semakin kecewa dengan tindakan pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Walaupun masyarakat Barat menjadi semakin konservatif, saya berpendapat bahawa mereka tidak akan melakukan sebarang polisi luar yang bersifat agresif kepada negara-negara lain.
"Ketika ini, pengaruh China di benua Asia semakin kuat, terutamanya di Asia Tenggara, dalam sektor ekonomi dan diplomasi. Walaupun begitu, China tidak bersifat agresif dalam diplomasi dan saya tidak menjangka persaingan kuasa-kuasa besar ini akan memberi impak yang besar.
"Malah pada pendapat saya, negara-negara Asia harus mengambil peluang ini untuk berdiri sendiri dan tidak lagi mengikut telunjuk negara barat, terutamanya AS," katanya.
Nuradilla Noorazam
Thu Nov 17 2016
!['Institusi AS tidak akan benarkan Trump lakukan sesuka hati' 'Institusi AS tidak akan benarkan Trump lakukan sesuka hati'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61478755356_DonaldTrump.jpg)
Kuasa mutlak yang sesetengah pihak menyangkakan dimiliki Presiden Amerika Syarikat sebenarnya tidak wujud. - Reuters/Fail
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Debat Presiden AS: Trump, Biden bakal 'berentap' pada sesi balai rakyat berasingan Debat Presiden AS: Trump, Biden bakal 'berentap' pada sesi balai rakyat berasingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81593499549_mash.jpg)
Debat Presiden AS: Trump, Biden bakal 'berentap' pada sesi balai rakyat berasingan
Siri kedua debat presiden antara Donald Trump dan Joe Biden yang dibatalkan, akan diganti menjadi format sesi pembentangan balai rakyat.
!['Institusi AS tidak akan benarkan Trump lakukan sesuka hati' 'Institusi AS tidak akan benarkan Trump lakukan sesuka hati'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61478755356_DonaldTrump.jpg)
'Institusi AS tidak akan benarkan Trump lakukan sesuka hati'
Kuasa mutlak yang sesetengah pihak menyangkakan dimiliki Presiden Amerika Syarikat sebenarnya tidak wujud.
!['Trump tidak akan jejaskan perjanjian TPPA' 'Trump tidak akan jejaskan perjanjian TPPA'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81454548688_TPPA.jpg)
'Trump tidak akan jejaskan perjanjian TPPA'
Amerika Syarikat akan mengalami kerugian jika mereka membatalkan TPPA kerana pengaruh ekonomi China, terutamanya di benua Asia semakin meningkat.
![Kemenangan Trump cetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat Kemenangan Trump cetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478757312_AntiDemoTrump.jpg)
Kemenangan Trump cetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat
Sebahagian rakyat Amerika khuatir polisi melampau Trump bukan saja akan menjejaskan kestabilan negara itu, tetapi kestabilan dunia secara keseluruhannya.
![Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442261108_AlAqsamosque.jpg)
Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel
Impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump.
![AS Memilih: PM Najib ucap tahniah kepada Trump AS Memilih: PM Najib ucap tahniah kepada Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478684430_DonaldTrump.jpg)
AS Memilih: PM Najib ucap tahniah kepada Trump
Datuk Seri Najib berkata Malaysia akan meneruskan kerjasama dan hubungan antara kedua negara di bawah pimpinan pemimpin dari Parti Republikan itu.
![AS Memilih: Saya Presiden untuk semua - Trump AS Memilih: Saya Presiden untuk semua - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478679816_DonaldTrump.jpg)
AS Memilih: "Saya Presiden untuk semua" - Trump
Dalam ucapannya di khalayak ramai sejurus memperolehi jumlah undi yang diperlukan, Trump turut memuji lawannya yang telah lama memberikan perkhidmatan kepada negara itu.
![Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478688367_CeritalahUSATrump.jpg)
Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45
Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat Amerika Syarikat dan dunia, apabila memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
![AS Memilih: 'Kita masih boleh menunggu, Clinton masih belum mengaku kalah - Podesta AS Memilih: 'Kita masih boleh menunggu, Clinton masih belum mengaku kalah - Podesta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61478676375_JohnPodesta.jpg)
AS Memilih: 'Kita masih boleh menunggu, Clinton masih belum mengaku kalah - Podesta
Trump ketika ini semakin menghampiri angka 270 undi wilayah atau electoral votes yang diperlukan untuk melangkah ke White House.
![Pilihan Raya AS: Hillary Clinton calon pilihan pembaca AstroAwani.com Pilihan Raya AS: Hillary Clinton calon pilihan pembaca AstroAwani.com](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61478593455_clinton.jpg)
Pilihan Raya AS: Hillary Clinton calon pilihan pembaca AstroAwani.com
Dari 4,381 individu yang mengambil bahagian dalam undian itu, 86 peratus memilih calon parti Demokrat Hillary Clinton.