Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.
“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya," kata Bennet yang juga anggota parti pelampau, Jewish Home.
Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.
BACA: Trump jamin Baitulmaqdis milik mutlak Israel jika dipilih jadi Presiden
LAPOR LANGSUNG Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45
“Ini adalah pendirian presiden (Amerika Syarikat) yang dipilih. Era kewujudan negara Palestin sudah berakhir.”
Sementara itu Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked yang juga dari parti yang sama, mahu Trump mengotakan janjinya untuk mengalihkan Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sesuatu yang lari dari pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat sebelum ini.
Tuntutan yang sama turut disuarakan Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.
Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Status Baitulmaqdis adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin dan rundingan penubuhan negara Palestin selama ini.
Rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa akan datang, sementara Israel menganggap bandar itu sebagai ibu negaranya.
Dalam kempennya sebelum ini, Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Agensi
Wed Nov 09 2016
Status Baitulmaqdis adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin selama ini. - AFP PHOTO/MENAHEM KAHANA
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
Debat Presiden AS: Trump, Biden bakal 'berentap' pada sesi balai rakyat berasingan
Siri kedua debat presiden antara Donald Trump dan Joe Biden yang dibatalkan, akan diganti menjadi format sesi pembentangan balai rakyat.
'Institusi AS tidak akan benarkan Trump lakukan sesuka hati'
Kuasa mutlak yang sesetengah pihak menyangkakan dimiliki Presiden Amerika Syarikat sebenarnya tidak wujud.
'Trump tidak akan jejaskan perjanjian TPPA'
Amerika Syarikat akan mengalami kerugian jika mereka membatalkan TPPA kerana pengaruh ekonomi China, terutamanya di benua Asia semakin meningkat.
Kemenangan Trump cetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat
Sebahagian rakyat Amerika khuatir polisi melampau Trump bukan saja akan menjejaskan kestabilan negara itu, tetapi kestabilan dunia secara keseluruhannya.
Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel
Impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump.
AS Memilih: PM Najib ucap tahniah kepada Trump
Datuk Seri Najib berkata Malaysia akan meneruskan kerjasama dan hubungan antara kedua negara di bawah pimpinan pemimpin dari Parti Republikan itu.
AS Memilih: "Saya Presiden untuk semua" - Trump
Dalam ucapannya di khalayak ramai sejurus memperolehi jumlah undi yang diperlukan, Trump turut memuji lawannya yang telah lama memberikan perkhidmatan kepada negara itu.
Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45
Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat Amerika Syarikat dan dunia, apabila memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
AS Memilih: 'Kita masih boleh menunggu, Clinton masih belum mengaku kalah - Podesta
Trump ketika ini semakin menghampiri angka 270 undi wilayah atau electoral votes yang diperlukan untuk melangkah ke White House.