KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengingatkan pihak berkepentingan akan peranan penting yang dimainkan oleh industri penerbangan pada masa berlakunya bencana alam dan krisis kemanusiaan.
Ketua Pengarahnya Willie Walsh berkata industri penerbangan sentiasa bersedia membantu ketika krisis berlaku kerana saluran hubungan penting untuk membawa bantuan dan pasukan penyelamat ke tempat yang dilanda bencana contohnya seperti kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.
"Syarikat penerbangan membantu menyelamatkan nyawa selepas berlaku gempa bumi, dan syarikat penerbangan terus membantu mempercepatkan pemulihan dengan penghantaran kargo penting," katanya.
Walsh berkata, meskipun tiada penjadualan menyeluruh berkaitan sokongan yang disediakan syarikat penerbangan, kira-kira 29 syarikat penerbangan utama yang menyediakan penerbangan ke pasaran Turkiye membantu menghantar lebih 3,500 tan bantuan dari lebih 90 negara, mengendalikan lebih 350 penerbangan bantuan dan penghantaran pulang dan menyediakan pengangkutan kepada lebih 130,000 anggota penyelamat di seluruh dunia.
"Setiap hari syarikat penerbangan memberikan sumbangan positif yang besar kepada manusia dengan menghubungkan manusia, budaya, perniagaan dan ekonomi.
"Ini merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial. Apabila bencana berlaku, hubungan ini menjadi malahan lebih kritikal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
Setiap hari syarikat penerbangan memberikan sumbangan positif yang besar kepada manusia dengan menghubungkan manusia, budaya, perniagaan dan ekonomi. - Foto BERNAMA
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik catat peningkatan kargo udara 17.6 peratus
Permintaan yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.
Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun.
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.