Seramai 1.4 juta pelancong Malaysia dijangka mengunjungi Indonesia tahun ini, kata seorang pegawai.
Pengarah Pembangunan Pemasaran Pelancongan Kementerian Pelancongan Indonesia, Sumarni berkata sasaran itu adalah selari dengan program dan promosi yang telah dilaksanakan pihaknya bermula awal tahun ini antaranya menerusi Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair).
Menurutnya, berdasarkan laporan Badan Pusat Statistik Indonesia, seramai 1.2 juta pelancong Malaysia telah mengunjungi negara itu, tahun lepas dengan tumpuan di Bali.
"Ini menunjukkan Malaysia merupakan pasaran keempat terbesar dalam industri pelancongan Indonesia selepas China, Eropah dan Singapura," kata beliau kepada Bernama selepas merasmikan Program Promosi Rentas Sempadan Johor Bahru-Batam, di sini hari ini.
Beliau berkata selain Bali, pelancong Malaysia juga kerap mengunjungi Belitong, Sumatra Barat, Utara dan Selatan, Aceh dan Jakarta kerana ingin melihat kebudayaan,lokasi peranginan, makanan dan pusat membeli belah.
Sementara itu, mengenai program berkenaan, Sumarni berkata orang ramai yang mahu melancong ke Batam kini boleh mendapatkan tiket feri pergi-balik pada harga RM115 berbanding harga asal RM160.
Menurutnya, untuk mendapatkan tawaran itu, pelancong haruslah membeli pakej pelancongan yang disediakan Kementerian Pelancongan Indonesia yang merangkumi hotel penginapan, rawatan spa, golf, pusat pelancongan dan banyak lagi.
"Kita ada 50 pakej pilihan dengan harga permulaan RM360 untuk setiap individu dewasa bagi percutian dua hari satu malam yang melibatkan aktiviti golf.
"Promosi rawatan spa pula ditawarkan pada harga RM30 berbanding harga asal RM100," katanya.
Pelancong yang berminat boleh berhubung terus dengan Kementerian Pelancongan Indonesia melalui laman sosial Facebook Indonesia.Travel atau dengan melayari laman web mereka www.indonesia.travel.-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 05 2018
Bali menjadi tumpuan utama pelancong dari Malaysia untuk tujuan percutian. - Gambar hiasan/pixabay
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali kini melaksanakan saringan suhu bagi setiap ketibaan antarabangsa sebagai sebahagian daripada langkah biosekuriti yang dipertingkatkan.
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) ).