Rakyat Indonesia berduka atas pemergian ibu kepada Presiden Joko Widodo dan hanya mampu berdoa dari rumah, ekoran penularan pandemik COVID-19, yang tidak membolehkan sebarang perhimpunan atau berkumpul di mana-mana majlis berskala besar.
Jenazah ibu Jokowi, Allahyarham Sudjiatmi Notomihardjo dijadual dikebumikan di Pemakaman Keluarga Mundu, Selokaton, Gondangrejo, Karanganyar, tengah hari esok.
Jokowi dalam kenyataan media di rumah Allahyarham ibunya di Solo berkata, ibunya meninggal dunia disebabkan sakit kanser tekak yang dideritai sejak empat tahun lepas.
"Rencana pemakaman insya-Allah esok jam 1 tengah hari di pemakaman di Mundu, Selokaton, Gondangrejo, Karanganyar," kata Jokowi.
BACA: Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Jokowi
Allahyarham meninggal dunia di Rumah Sakit (hospital) Slamet Riyad, Solo pada usia 77 tahun pukul 4.45 petang waktu Indonesia Barat.
Rumah Allahyarham yang cukup sederhana di Jalan Pleret Raya di Surakarta Jawa Tengah juga dikawal pihak polis agar tidak didatangi orang ramai.
Ketua Polis Jawa Tengah, Rycko Amelza Dahniel meminta supaya orang ramai tidak menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham atau menghadiri majlis pengebumian esok.
Stesen televisyen tempatan yang memetik beberapa kenyataan menteri Indonesia juga menyatakan Presiden Jokowi telah meminta mereka agar tidak menziarahi jenazah atau menghadiri majlis pengebumian esok, sebaliknya menumpukan kepada tugasan mereka.
Pemerintah Indonesia telah melaksanakan beberapa langkah pembatasan dan kawalan pergerakan, antaranya melarang perhimpunan berskala besar, menutup sesi persekolahan, tempat-tempat ibadat, pusat hiburan, menekankan aspek jarakan sosial dan pelaksanaan sepenuhnya konsep bekerja dari rumah di sektor-sektor yang tidak kritikal bagi membendung penularan COVID-19, yang setakat ini mengorbankan 55 nyawa. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Rakyat Indonesia berduka atas pemergian ibu kepada Presiden Joko Widodo.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Indonesia berduka pemergian ibu Jokowi, hanya mampu berdoa di rumah
Rakyat Indonesia berduka atas pemergian ibu kepada Presiden Joko Widodo, dan hanya mampu berdoa dari rumah, ekoran penularan pandemik COVID-19.