Fenonema itu membakar ibu negara India dalam gelombang haba yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan terus mengeringkan beberapa wilayah barat laut.
Penduduk di kawasan Najafgarjh, New Delhi dilihat berjalan dengan kepala ditutup dengan selendang dan menggunakan payung ketika suhu mencecah rekod 49.8 darjah Celsius.
Sebahagian daripada penduduk menghulurkan minuman sejuk percuma untuk membantu orang ramai menghadapi cuaca panas yang melanda.
Seorang lagi penduduk India, yang juga seorang jururawt memaklumkan, di hospital tempatnya bekerja menerima kes pendarahan otak setiap hari akibat cuaca panas melampau ini.
Pegawai metereologi India, Naresh Kumar memaklumkan, suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
“Secara amnya, pada masa kini pada bulan Mei, gelombang haba kepada gelombang haba yang teruk, berdasarkan suhu ambang, berlaku di barat laut India dan ia akan berterusan untuk 24 jam akan datang.
"Kami telah mengeluarkan amaran merah ke atas Rajasthan Barat, Punjab, Haryana, Delhi-NCR (Wilayah Ibu Negara), Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh.
"Kini, angin secara beransur-ansur datang dari Laut Arab, ia adalah angin yang lebih sejuk dan ia akan mengurangkan suhu secara beransur-ansur,” katanya.
Asia telah dilanda musim panas yang lebih teruk tahun ini - trend yang dikatakan saintis telah diburukkan lagi oleh perubahan iklim yang didorong oleh manusia.
India mengisytiharkan gelombang haba apabila suhu maksimum 4.5 darjah Celsius hingga 6.4 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa dan gelombang haba yang teruk apabila 6.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa atau lebih.