TORONTO: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang menembak dan mencederakan gurunya, didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak, cuai dan salah laku.
Jemaah juri di Virginia, Amerika Syarikat mendapati Deja Taylor "secara melulu meninggalkan senjata api berisi peluru sehingga membahayakan kanak-kanak", lapor Agensi Anadolu.
Pertuduhan itu berkaitan serangan bersenjata pada 6 Jan, kata Pejabat Pendakwa Komanwel Virginia.
"Jika jemaah juri khas menentukan terdapat orang lain bertanggungjawab secara jenayah mengikut undang-undang, dakwaan tambahan boleh dikenakan," kata pendakwa raya Howard Gwyn dalam kenyataan yang ditandatanganinya.
Guru berkenaan Abigail Zwerner, 25, memfailkan saman AS$40 juta kerana mendakwa pentadbir Sekolah Rendah Richneck di Newport News mengabaikan pelbagai amaran daripada kakitangan dan pelajar yang percaya budak lelaki itu terdedah kepada keganasan dan menimbulkan ancaman.
Beliau juga mendakwa bahawa keluarga budak lelaki itu tidak bersetuju kanak-kanak itu ditempatkan di dalam bilik darjah khas untuk kanak-kanak istimewa.
Taylor akan menyerah diri lewat minggu ini, kata peguamnya.
Murid itu menembak tangan kiri dan dada gurunya menggunakan pistol yang disimpan dalam begnya.
Zwerner dimasukkan ke hospital dan kanak-kanak lelaki itu ditahan pada hari yang sama.
Pistol itu dibeli secara sah oleh ibu kanak-kanak itu, kata Ketua Polis Newport News Steve Drew pada 10 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Jemaah juri di Virginia mendapati Deja Taylor "secara melulu meninggalkan senjata api berisi peluru sehingga membahayakan kanak-kanak". -Gambar hiasan/Pixabay

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ibu kanak-kanak tembak guru mengaku bersalah
Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan salah laku menyimpan senjata api secara cuai terhadap Deja Taylor.

Ibu kanak-kanak lelaki tembak guru didakwa kerana cuai
Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang menembak dan mencederakan gurunya, didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak, cuai dan salah laku.