TOKOH perniagaan Britain, Richard Branson serta pelakon dan penulis Stephen Fry, merayu Singapura untuk menyelamatkan Nagaenthran Dharmalingam, individu lembam yang akan dihukum gantung pada Rabu depan.
Dalam mesej video yang dikongsi di laman Twitter Branson, kedua-dua mereka menggesa presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, pengampunan presiden.
"Hanya pengampunan presiden boleh menghentikan hukuman, dan saya menyertai masyarakat di seluruh dunia meminta anda menggunakan kuasa dan memberikan pengampunan Nagaenthran," kata Branson.
Singapura katanya, sentiasa berada di hadapan dalam hal berkaitan hak individu kurang upaya dan memperjuangkan nasib mereka dalam masyarakat.
"Puan Presiden, dengan mata dunia tertuju kepada Singapura, nasib Nagen terletak di tangan anda.
"Individu kurang upaya tidak boleh diperlakukan seperti ini. Bantu kami menyelamatkannya," kata Branson.
Nagaenthran Dharmalingam, 34, ditahan 13 tahun lalu kerana menyeludup 42.72 gram heroin ke Singapura dari Malaysia.
Singapura mengiktiraf dasar toleransi sifar untuk dadah terlarang sebagai kunci untuk mengekalkan statusnya sebagai salah satu lokasi paling selamat di dunia.
Menteri Dalam Negeri, K Shanmugam berkata bulan lalu bahawa kajian terbaharu menunjukkan majoriti rakyat Singapura masih menyokong hukuman mati sebagai pencegah jenayah berat.
Astro Awani
Sat Apr 23 2022

Mereka menggesa presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, pengampunan. - Facebook

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Richard Branson tolak berdebat dengan menteri Singapura isu hukuman mati
Jutawan British Sir Richard Branson menolak pelawaan Singapura untuk menyertai debat televisyen secara langsung dengan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.

Singapura pelawa Richard Branson berdebat isu dadah, hukuman mati
Singapura mengundang Sir Richard Branson untuk berdebat secara langsung menerusi televisyen mengenai pendekatan republik ini berhubung isu dadah dan hukuman mati.

Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
Mereka menggesa presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, pengampunan.

Individu paling kaya di dunia, Jeff Bezos lengkapkan misi angkasa lepas
Individu paling kaya di dunia, Jeff Bezos berlepas ke angkasa menggunakan kapsul pesawat New Shepard dari pangkalan angkasa lepas di Texas, pada Selasa.

Richard Branson lengkapkan misi angkasa lepas
Hartawan Richard Branson melengkapkan misi angkasa lepas, apabila pesawat angkasa Virgin Galactic berjaya mendarat di Spaceport, New Mexico.

Richard Branson berlepas ke angkasa
Branson berlepas dari Spaceport America di New Mexico pada pukul 10.44 malam waktu Malaysia dan pelepasan itu disiarkan secara penstriman langsung di AstroAWANI.com.

Richard Branson bersedia untuk ke angkasa lepas
Virgin Galactic menjadi syarikat roket pertama yang menerbangkan pengasas syarikatnya ke angkasa lepas.

Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering.

Kemalangan basikal, Richard Branson sangka sudah mati
Branson terpelanting dari basikal dan cedera di bahagian pipi serta ligamennya terkoyak.

Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa
Polisi baru syarikat itu memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata.