Syarikat teknologi gergasi China Huawei Technologies Co Ltd telah memfailkan satu usul bagi mendapatkan penghakiman dalam satu tuntutan mahkamah terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS), bahawa sekatan yang dikenakan terhadap syarikat itu sebagai 'tidak berpelembagaan'.
Ini merupakan langkah terbaharu syarikat itu dalam menentang sekatan dari Washington yang dilihat sebagai sebahagian usaha AS untuk menyingkirkan syarikat itu daripada pasaran dunia.
Usul itu yang difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Texas Timur menuntut agar Undang-Undang Pertahanan National Defense Authorization Act (NDAA) 2019 diisytihar sebagai ‘tidak berperlembagaan’.
NDAA diluluskan sebagai undang-undang oleh Kongres AS tahun lepas, sekaligus membolehkan sekatan dikenakan terhadap agensi persekutuan serta kontraktornya daripada menggunakan apa-apa peralatan Huawei atas alasan ‘demi keselamatan negara’.
Sehingga kini, Huawei menolak dakwaan bahawa syarikat itu dikawal oleh kerajaan China atau mana-mana agensi tentera dan perisikan milik negara itu.
Susulan keputusan itu, syarikat gergasi berkenaan berdepan sekatan lebih besar apabila Jabatan Perdagangan AS meletakkan syarikat itu dalam senarai hitam yang tidak membenarkan mana-mana syarikat AS untuk berurusniaga dengan Huawei.
Di sebalik pertikaian dalam industri teknologi ini, kedua-dua negara itu turut terlibat dalam perang dagang ketika ini.
Kata Ketua Pegawai Perundangan Huawei, Song Liuping, undang-undang itu adalah satu pelanggaran kepada proses sewajarnya kerana ia “secara langsung dan kekal membabitkan Huawei tanpa sebarang peluang untuk menafi atau membebaskan diri (dari dakwaan)."
Tambah beliau, “Ini adalah satu kezaliman."
Reuters
Wed May 29 2019
Kata Ketua Pegawai Perundangan Huawei, Song Liuping, undang-undang itu adalah satu pelanggaran kepada proses sewajarnya. - Foto REUTERS
OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.
Berita Terkini Kita: Cerita komuniti di Kuala Terengganu
Berita Terkini Kita minggu ini ke Terengganu bersama Nursyazwani Saiful Sham. Ikuti perkongsian #InilahKita berkenaan komuniti Peranakan Cina di Terengganu. Peranakan Cina yang terdapat di Terengganu sedikit berbeza dengan berasimilasi kepada budaya Melayu.
China terus rekod pertumbuhan stabil pada suku kedua 2024
Ekonomi China terus merekodkan pertumbuhan stabil pada Julai dengan hasil jualan entiti pasaran pulih selain soroton positif di pelbagai sektor.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Couche-Tard syarikat Kanada lakukan bidaan awal ambil alih 7 Eleven
Syarikat Peruncit Jepun Seven & i holdings, pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven memaklumkan menerima tawaran pengambilalihan awal daripada Alimentation Couche-Tard Kanada.
Bancian pertanian: 44.3 peratus tempoh 43 hari
44.3 peratus bancian ke atas isi rumah dan pertubuhan perniagaan yang terbabit dalam aktiviti pertanian selesai dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam tempoh 43 hari.
Pelarasan gaji, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Pelabur asing kembali, catat belian bersih RM299.6 juta
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia berikutan jualan besar-besaran pada minggu lepas dan mencatat pembelian bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM299.6 juta.
Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
Sokong Palestin: Himpunan besar-besaran di Chicago menjelang Konvensyen Nasional Demokrat
Satu perhimpunan besar-besaran sedang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS) menjelang pembukaan Konvensyen Nasional Demokrat, lapor Sputnik.
Kamala Harris seru genjatan senjata dalam kempen di Pennsylvania
Kamala Harris memulakan kempen merentasi barat Pennsylvania dengan menyeru perjanjian gencatan senjata untuk Gaza.
Tentera Israel serang bangunan di Nuseirat, 5 terkorban
Kejadian dilaporkan berlaku menjelang lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.
Program GIST, US-ASEAN STIC, Kedutaan AS perkukuh ekosistem syarikat pemula Malaysia
Amerika Syarikat menerusi program GIST dan STIC menawarkan platform bimbingan yang luas kepada saintis, penyelidik dan usahawan pemula.
Krisis Gaza: 'Go to hell - America the great hypocrite', kata Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Amerika Syarikat (AS) sebagai hipokrit dalam menangani situasi yang sedang berlaku di Gaza.
Mogul Internet Kim Dotcom rancang lawan ekstradisi dari New Zealand
Usahawan Internet kelahiran Jerman, Kim Dotcom akan mengemukakan rayuan terhadap ekstradisinya dari New Zealand ke Amerika Syarikat (AS).
Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt
Debat akan dikendalikan Norah O'Donnell bersama Margaret Brennan.
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).
Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita
AS meraih pingat emas acara bola sepak wanita selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brazil di Sukan Olimpik Paris.