SANAA: Pemimpin Houthi Yaman memberi amaran akan menyerang kapal perang Amerika Syarikat (AS) jika mereka dijadikan sasaran ketenteraan.
Ia susulan tindakan Washington menubuhkan pasukan multinasional untuk menangkis serangan pejuang Houthi membuat sekatan ke atas kapal komersial yang mempunyai kaitan dengan Zionis di Laut Merah.
Pemimpin Houthi, Abdel-Malek Al-Houthi berkata, mereka tidak akan berdiam diri tetapi melancarkan perang jika AS bakal mengenakan sekatan lebih dahsyat.
Menurutnya, sebarang kapal perang, keperluan ketenteraan, malahan sebarang cubaan memasuki Laut Merah akan diserang melalui peluru berpandu, dron dan operasi ketenteraan kumpulan itu.
"AS mengumumkan langkah baharu - AS bergerak dari awal dan berusaha dari awal untuk melindungi kapal-kapal Israel dan kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel.
"Kapal-kapal perang mereka cuba sejak awal memberikan segala bentuk perlindungan kepada kapal-kapal Israel. Tetapi apa yang mereka cari sekarang ialah melibatkan orang lain dalam melindungi kapal Israel dan melindungi kapal yang dikaitkan dengan Israel," katanya.
Sejak bulan lalu, Houthi yang menguasai sejumlah besar wilayah di Yaman, telah menembak dron dan peluru berpandu ke arah kapal antarabangsa yang belayar melalui Laut Merah.
Kumpulan itu, yang disokong Iran, telah meningkatkan serangan mereka bagi membalas kekejaman Zionis dan sekutunya ke atas Gaza.
Justeru inisiatif keselamatan yang diketuai AS menyaksikan Washington dan kebanyakan negara Pertubuhan Perjanjian Atlatik Utara (NATO) akan bertindak balas terhadap serangan Houthi yang setakat ini menyebabkan syarikat perkapalan global utama terpaksa mengubah laluan perdagangan di sekitar Afrika.
Astro Awani
Thu Dec 21 2023
Helikopter pejuang Houthi dilihat terbang berdekatan kapal kargo Galaxy Leader di Laut Merah. - Foto REUTERS
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.