WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) terpaksa menolak daripada membantu Iran, yang meminta pertolongan selepas helikopter yang membawa Presiden Ebrahim Raisi terhempas pada hujung minggu lalu, sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik.
Permintaan bantuan yang jarang-jarang dibuat negara yang melihat Amerika Syarikat dan Israel sebagai musuhnya itu, didedahkan oleh Jabatan Negara dalam satu sidang media.
"Pemerintah Iran telah meminta bantuan kami (AS). Kami maklumkan kepada Iran kami akan menawarkan bantuan, sebagaimana yang akan dilakukan terhadap sebarang permohonan oleh negara asing dalam situasi sebegini.
"Bagaimanapun, pada dasarnya, kami tidak dapat menyediakan bantuan itu sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik," kata jurucakap Jabatan AS, Matthew Miller kepada wartawan pada Isnin
Miller, bagaimanapun, enggan menjelaskan secara terperinci atau menerangkan bagaimana kedua-dua negara berkomunikasi.
Bangkai helikopter yang terhempas pada Ahad dan membawa Presiden Ebrahim; Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian serta tujuh penumpang lain serta anak kapal, ditemui pada awal Isnin selepas misi pencarian dijalankan semalaman di tengah-tengah ribut salji.
Iran belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca helikopter Bell 212 buatan Amerika itu terhempas di kawasan pergunungan, berdekatan sempadan Azerbaijan.
Ditanya sama ada beliau bimbang Tehran mungkin akan menyalahkan Washington, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berkata: "Amerika Syarikat tidak memainkan sebarang peranan dalam nahas itu.
"Saya tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai puncanya," tambah beliau.
Kemalangan itu berlaku di saat Iran berdepan dengan pelbagai kemelut politik, sosial dan ekonomi.
Pentadbiran Iran berdepan dengan tekanan antarabangsa mengenai program nuklear yang dipertikaikan, mahupun hubungan tenteranya dengan Rusia yang semakin erat berikutan perang di Ukraine.
Dalam masa sama,, Austin menyangkal Amerika mempunyai kebimbangan bahawa nahas tersebut akan mempunyai kesan keselamatan segera di Timur Tengah.
"Saya umumnya tidak menjangkakan sebarang kesan keselamatan serantau pada masa ini," kata beliau.
Di bawah perlembagaan Republik Islam itu, satu pilihan raya presiden perlu diadakan dalam tempoh 50 hari. - Agensi
Agensi
Tue May 21 2024
![Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712207702_MatthewMillerjpg.jpg)
Amerika terpaksa menolak daripada membantu Iran, yang meminta pertolongan selepas helikopter yang membawa Presiden Ebrahim Raisi terhempas pada hujung minggu lalu, sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik, kata Miller. - Gambar REUTERS
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835271_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
![Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707370410_TBDATUKHERMONOj.jpg)
Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.
![Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738831387_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
![Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738816670_TBHELIKOPTERTERHEMPA.jpg)
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
![Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734865004_HelikopterTerhempas.jpg)
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
![5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas 5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733396529_helicoptercrashph.jpg)
5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas
Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila.
![Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729997258_crashed.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
![Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729509569_TBHELICRASH.jpg)
Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.
![17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui 17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725186644_TBRUSIA.jpg)
17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui
Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian.
![Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723434720_Fatalaviationincid.jpg)
Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera, lapor Xinhua.