"Saya berbesar hati mengumumkan bahawa saya sudah meminta Tim Waltz untuk menjadi gandingan saya.
"Sebagai seorang gabenor, jurulatih, guru, dan veteran, beliau sudah berkhidmat untuk golongan keluarga pekerja sama sepertinya," ujar Harris seperti yang dimuat naik dalam akaun X rasminya.
Waltz, 60, memulakan khidmat sebagai Gabenor Minnesota sejak tahun 2019 dan sebelum itu pernah menjadi ahli kongres dari tahun 2007 hingga 2019.
"Suatu yang hebat untuk memiliki beliau dalam pasukan ini. Sekarang, mari bekerja," tambah Harris.