Sambil memegang bekas telur, Vance mendakwa harga sedozen telur adalah sekitar AS$1.50 (RM6.30) sebelum Harris mengambil jawatan dan kini berharga AS$4 (RM16.80).
Menurut data terkini dari Biro Statistik Buruh, harga sedozen telur menghampiri AS$3 (RM12.60) pada bulan Julai.
Tinjauan The New York Times, The Philadelphia Inquirer dan Siena College di Pennsylvania iaitu di salah satu daripada negeri dengan persaingan sengit, Harris mengekalkan kelebihan 4 mata, mendahului 50 peratus berbanding 46 peratus dengan margin ralat tambah atau tolak 3.8 mata peratus.
Manakala tinjauan berasingan oleh The Washington Post melaporkan tentang persaingan sengit antara calon-calon di negeri tersebut, yang dianggap berpotensi menentukan keputusan pilihan raya November ini, bersama dengan Arizona, Georgia, Michigan, Nevada, North Carolina dan Wisconsin.
Antara 1,003 pengundi berpotensi dan berdaftar di Pennsylvania dalam survei yang dilakukan pada 12 hingga 16 September, 48 peratus akan mengundi Harris, manakala 47 peratus menyatakan akan memilih Trump.