Seorang profesor di University of Pittsburgh, Pennsylvania, yang hampir membuat 'penemuan signifikan' berkaitan COVID-19, ditemui mati pada hujung minggu lalu.
Kenyataan Jabatan Polis Ross menyebut Bing Liu, 37, ditemui di rumahnya pada Sabtu, dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.
Penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu, dan percaya lelaki itu menembak dan membunuh Liu sebelum membunuh diri.
"Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka saling mengenali, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenayah kebencian," kata jurucakap polis, Detektif Brian Kohlhepp.
Liu, yang memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Nasional Singapura, pernah bertugas sebagai penyelidik di Carnegie Mellon University, Pennsylvania, sebelum memulakan tugas di Fakulti Perubatan, University of Pittsburgh.
Pihak universiti menzahirkan rasa sedih dengan kematian tragis Liu, yang disifatkan sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.
"Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut," kata universiti tersebut menerusi satu kenyataan.
Universiti itu juga memaklumkan anggota fakulti kini dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai satu penghormatan kepadanya.
Agensi
Wed May 06 2020
Bing Liu ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki. - Gambar/School of Medicine/University of Pittsburgh
Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700
Seorang penulis bebas warga United Kingdom didenda RM700 atas pertuduhan memasuki kawasan larangan di KLIA.
Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2.
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.
Polis siasat mayat reput ditemui di tebing sungai kemungkinan wanita dilapor hilang - Polis
Polis masih menjalankan siasatan susulan penemuan mayat seorang wanita sudah mereput di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu pada Isnin.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri
Ia dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak bermula Khamis hingga Sabtu.
Samsung sahkan Galaxy Ring bakal tiba di Malaysia 22 Jan ini
Samsung menambah dua saiz cincin baharu (14-15) dan tiga warna baharu (hitam titanium, perak titanium, dan emas titanium).
[TERKINI] Dadah sintetik ATS pilihan utama penagih dadah di Malaysia
Dadah sintetik jenis perangsang amfetamin (ATS) antaranya syabu, pil kuda dan ekstasi terus menjadi pilihan penagih dadah di Malaysia.
Buruh Bangladesh didakwa bunuh wanita Indonesia
Seorang buruh binaan warga Bangladesh didakwa membunuh seorang wanita Indonesia, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel bajet.
Penyiasat AS guna AI kesan penjenayah, didakwa tahan individu tidak bersalah
Dalam beberapa kes, polis tidak menyemak alibi suspek atau kenyataan saksi palsu, dan mengabaikan cap jari serta jejak DNA.
Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina
Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang pembiayaan politik yang komprehensif bagi mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan ketelusan.
Hampir buat penemuan signifikan COVID-19, penyelidik ditemui mati ditembak
Profesor di University of Pittsburgh ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.