Hampir 50,000 warga Thai yang bekerja di Malaysia, telah pulang ke negara mereka selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Timbalan Komander Tentera Bahagian ke-4 Maj. Jen. Kriangkrai Srirak berkata, dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 warga Thai yang bekerja dan 1,100 pelajar berada di Malaysia.
"Dianggarkan kira-kira 50,000 warga Thai tidak sempat pulang. Ini kerana semua pintu masuk Thailand-Malaysia telah ditutup sepenuhnya, berkuatkuasa pada Sabtu.
"Berikutan peningkatan kes COVID-19 di wilayah-wilayah selatan Thailand, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya pintu-pintu masuk ini," katanya.
Lapan pintu sempadan darat Thailand-Malaysia iaitu Satun (Wan Prachan), Songkhla (Ban Prakob, Sadao dan Padang Besar), Yala (Betong) dan Narathiwat (Sungai Golok, Bukohta dan Takbai) serta satu sempadan laut- Pelabuhan Dermaga Tammalang di Satun, telah tutup bermula Sabtu (21 Mac).
Pada Sabtu, Thailand melaporkan peningkatan terbesar dalam jangkitan akibat penularan wabak COVID-19 dengan 89 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 411.
Di Malaysia, sebanyak 153 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes. Sehingga kini, lapan kematian dilaporkan di Malaysia.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Anupong Paojinda berkata, gabenor di wilayah di sempadan mempunyai kuasa penuh untuk menutup wilayah masing-masing, jika situasi COVID-19 menjadi semakin buruk.
Beliau berkata, gabenor di wilayah terbabit boleh mempertimbangkan untuk menutup kesemua pintu masuk sementara dan membuka hanya pusat pemeriksaan utama, di wilayah masing-masing.
Bagaimanapun, berbeza di Chiang Rai yang terletak di utara Thailand yang bersempadanan dengan Myanmar dan Laos, dan dibenarkan untuk mengekalkan satu pusat pemeriksaan untuk setiap negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 21 2020
![Hampir 50,000 warga Thai pulang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Hampir 50,000 warga Thai pulang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584808753_BANGKOKcovid.jpg)
Keadaan di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, ketika tinjauan 17 Mac lalu. --fotoBERNAMA/Fail
![Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723777589_Lelakitolakisteri.jpg)
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024
Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
#AWANInews
#AWANInews
![Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723776706_UnitedAirlinesBoei.jpg)
Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut
Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang.
AWANI Ringkas: Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Kalau dia lembab, malas dan cuai.. peningkatannya tidak dijamin' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penjawat awam yang mengetepikan prinsip amalan bersih, cuai dan malas tidak akan diberikan ganjaran yang setimpal.
#AWANInews
#AWANInews
![“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham “Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723776306_ufahanieNidzaAfh.jpg)
“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham
Keluarga tidak reda dan tidak maafkan tindakan penulis berkongsi cerita tidak berasas mengenai Allahyarham Nidza Afham di laman X.
Niaga SPOTLIGHT: Tech-Driven Coffee - Spilling the beans
Venon Tian, Chief Operating Officer, ZUS Coffee, joins us to discuss building a tech-driven beverage startup in less than 5 years.
ZUS reached an impressive milestone in July 2024, opening its 500th outlet in Malaysia, and now also boasts almost 50 outlets in Philippines, employing more than 4,000 Malaysians & Filipinos.
The beverage industry is a highly competitive global and domestic market. In Malaysia, output in the beverages market amounted to MYR 14.21bn in 2023 with a Cumulative Annual Growth Rate (CAGR) of 2.76 percent.
ZUS reached an impressive milestone in July 2024, opening its 500th outlet in Malaysia, and now also boasts almost 50 outlets in Philippines, employing more than 4,000 Malaysians & Filipinos.
The beverage industry is a highly competitive global and domestic market. In Malaysia, output in the beverages market amounted to MYR 14.21bn in 2023 with a Cumulative Annual Growth Rate (CAGR) of 2.76 percent.
![Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723776922_AnwarIbrahim.jpg)
Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar
Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M TUDM diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia.
![Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024 Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723775352_DatukHamidin.jpg)
Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024
Fahmi berkata, penghargaan itu diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Ogos 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.
![Hampir 50,000 warga Thai pulang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Hampir 50,000 warga Thai pulang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584808753_BANGKOKcovid.jpg)
Hampir 50,000 warga Thai pulang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
Dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 warga Thai yang bekerja dan 1,100 pelajar berada di Malaysia.