BERITA lanjutan gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang dirintis oleh kerajaan Qatar sebagai ‘orang tengah’ terus memberikan harapan terhadap pembebasan tebusan dan banduan oleh kedua-dua pihak bertelagah - Israel dan Hamas.
Sejak gencatan senjata pertama pada Jumaat lalu, pasukan pejuang Hamas dari Palestin sudah membebaskan 69 tebusan Israel yang dalam tawanan mereka sejak 7 Oktober lalu.
Setiap hari sejak gencatan senjata bermula Jumaat lalu, Hamas mengotakan janji dengan membebaskan secara berperingkat rakyat Israel dan warga lain yang dalam tawanan mereka.
Dan semalam (Isnin), tentera Israel berkata, seramai 11 tebusannya sudah dibebaskan oleh Hamas pada detik penghujung gencatan senjata sementara (peringkat awal).
Kesemua 11 tebusan itu sudah pun berada di Israel dan diiring oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) kembali ke tanah air.
Tebusan yang dibebaskan itu juga dibawa menjalani rawatan kesihatan sebaik tiba di Israel sebelum dibawa bertemu keluarga masing-masing, kata IDF.
Menurut kerajaan Qatar pula, kesemua tebusan yang dibebaskan itu termasuk mereka yang memiliki dua kewarganegaraan.
Sementara itu, Hamas berkata, pihaknya juga menerima 33 rakyat Palestin termasuk tiga banduan wanita yang dibebaskan dari penjara Israel sebagai balasan.
Dengan perkembangan terbaharu itu, Hamas sudah membebaskan 69 tebusan sejak Jumaat lalu termasuk warga Israel dan lain-lain.
Berdasarkan rundingan awal berhubung gencatan senjata selama empat hari, Hamas dijangka membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak Israel yang menjadi tebusan mereka di Gaza.
Dalam masa sama, tiada jumlah yang ditetapkan terhadap jumlah tebusan warga asing yang ingin dibebaskan pasukan pejuang itu.
Berdasarkan angka yang dikeluarkan Israel, jumlah tebusan yang masih ada di Gaza berjumlah 184 orang
termasuk 14 warga asing serta 80 rakyat Palestin yang memiliki dua kewarganegaraan. - Agensi
Agensi
Mon Nov 27 2023

Sekumpulan tebusan Israel yang dibebaskan oleh tentera Hamas pada Isnin. - Gambar REUTERS

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.
AWANI 7:45 [14/3/2025] – Golongan belia bankrap | TVET dapat penuhi pasaran | Rakam keterangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
AWANI Tonight: Ismail Sabri returns to MACC HQ for full day of questioning
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob returned to the MACC headquarters today, to continue his questioning over a corruption case linked to the former prime minister.

Pengarah syarikat ditipu sindiket BEC, kerugian lebih RM250,000
Seorang pengarah syarikat barangan perkakasan dapur kerugian lebih RM250,000 selepas menjadi mangsa penipuan Business Email Compromise (BEC) awal bulan ini.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Hamas, Jihad Islam bincang pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Pertemuan di Qatar menghimpunkan ketua majlis kepimpinan Hamas Mohammed Darwish dan ketua Jihad Islam Ziyad al-Nakhalah bersama timbalannya.

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Ketua Suruhanjaya AU desak penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Usaha gencatan senjata Gaza berterusan, petanda positif rundingan fasa kedua - Hamas
Hamas mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata
Hamas sokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut.