Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden kelapan Singapura di Istana hari ini yang juga menandakan hari pertama beliau menyandang jawatan itu untuk tempoh enam tahun.
"Saya, Halimah Yacob, yang dipilih sebagai Presiden Republik Singapura, sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menjalankan tugas-tugas saya dengan jujur dan ikhlas".
Upacara mengangkat sumpah jawatan itu disaksikan oleh perdana menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Ketua Hakim Sundaresh Menon.
Halimah, 63, Presiden wanita pertama Singapura menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.
Dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden, Halimah berkata: "Saya tahu bahawa sesetengah rakyat Singapura lebih suka mencapai ini tanpa perlu mengadakan pilihan raya yang dikhaskan. Saya menghormati pandangan mereka."
Pilihan raya Presiden Singapura 2017 memperuntukkan calon presiden kepada komuniti Melayu.
"Seperti mereka, saya menaruh harapan supaya suatu hari nanti, kita tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan untuk mengadakan pilihan raya, dan rakyat Singapura secara semula jadi dan dari semasa ke semasa memilih warga dari semua kaum sebagai Presiden.
Halimah memberi jaminan kepada semua rakyat Singapura bahawa "sebagai Presiden anda" saya akan berkhidmat kepada setiap orang daripada anda, tanpa mengira kaum, bahasa atau agama."
Halimah dilantik sebagai Speaker wanita pertama Parlimen Singapura empat ahun lalu.
Beliau menceburi politik pada 2001 dan menjadi anggota Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) Jurong dan GRC Marsiling Yew-Tee.
Halimah yang diisytiharkan sebagai bakal Presiden pada Rabu juga ialah ketua negara pertama dari komuniti Melayu dalam tempoh 47 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2017
![Halimah Yacob angkat sumpah jawatan presiden ke-8 Singapura Halimah Yacob angkat sumpah jawatan presiden ke-8 Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505289610_HalimahYacob.jpg)
Halimah, 63, Presiden wanita pertama Singapura menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos. -Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693613374_TBTharmanShanmugara.jpg)
Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Tharman dan yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
![Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693606415_TBTharmanShanmugara.jpg)
Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel
Tharman Shanmugaratnam mendahului dalam pemilihan presiden kesembilan Singapura dengan undian 70 peratus.
![Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693516704_TBHalimahYacob.jpg)
Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura
Pengundi yang layak boleh menggunakan aplikasi Singpass untuk mengakses kad epoll atau kad undi elektronik yang tertera pusat mengundi.
![Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-58 dengan perarakan besar-besaran Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-58 dengan perarakan besar-besaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691621884_Singapura.jpg)
Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-58 dengan perarakan besar-besaran
Sambutan kali ini lebih meriah selepas 'perbarisan' tahun lepas, menggabungkan perarakan fizikal dan maya, disaksikan 27,000 pengunjung.
![Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686563400_TBShanmugaratnam.jpg)
Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan
Permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Halimah Yacob putuskan tidak tanding semula pada Pilihan Raya Presiden Singapura Halimah Yacob putuskan tidak tanding semula pada Pilihan Raya Presiden Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679134300_HalimahYacob.jpg)
Halimah Yacob putuskan tidak tanding semula pada Pilihan Raya Presiden Singapura
Presiden Singapura Halimah Yacob memutuskan untuk tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden yang dijadual diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.
![Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679449179_TBHalimahYacob.jpg)
Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat
Presiden Singapura sokong saranan Raja Permaisuri Agong untuk mengadakan pertukaran antara pergerakan Pandu Puteri Malaysia dua negara.
![Singapura, Malaysia perlu saling membantu jadikan wilayah ASEAN bersatu, berwibawa - Halimah Singapura, Malaysia perlu saling membantu jadikan wilayah ASEAN bersatu, berwibawa - Halimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679394451_TBAGONGPERMAISURI.jpg)
Singapura, Malaysia perlu saling membantu jadikan wilayah ASEAN bersatu, berwibawa - Halimah
Singapura dan Malaysia selaku antara pengasas ASEAN dan rakan kongsi, perlu membantu rantau ini kekal bersatu dan berwibawa, kata Presiden Singapura Halimah Yacob.
![Agong harap Malaysia dan Singapura kembang kerjasama keterjaminan makanan, ekonomi hijau Agong harap Malaysia dan Singapura kembang kerjasama keterjaminan makanan, ekonomi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679395622_TBSULTANKL.jpg)
Agong harap Malaysia dan Singapura kembang kerjasama keterjaminan makanan, ekonomi hijau
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura boleh mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta keterjaminan makanan.