RAKYAT Singapura akan keluar mengundi hari ini bagi memilih presiden kesembilan republik itu menggantikan Halimah Yacob yang tamat penggal pentadbirannya pada 13 September ini.
Calon yang bertanding ialah bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd Ng Kok Song, bekas Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd Tan Kin Lian dan bekas Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.
Bagi mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Presiden 2023 ini, pengundi yang layak boleh menggunakan aplikasi Singpass untuk mengakses kad epoll atau kad undi elektronik yang tertera butiran pusat mengundi.
Kad fizikal pula sudah dihantar sejak minggu lalu, iaitu selepas penamaan calon 22 Ogos.
Umur layak mengundi di republik itu ialah 21 tahun dan wajib bagi pengundi Singapura untuk menunaikan tanggungjawab dalam amalan demokrasi itu.
Hari mengundi ditetapkan cuti umum di Singapura dan majikan dikehendaki memberi pekerja "tempoh masa yang munasabah untuk mengundi".
Pusat mengundi dibuka dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Sebanyak 1,264 pusat mengundi dibuka dengan kira-kira 36,000 pegawai pilihan raya ditugaskan di seluruh republik itu.
Bagi pengundi luar negara, Singapura mempunyai 10 pusat mengundi di luar negara di bandar seperti Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington.
Pusat mengundi itu dipilih disebabkan oleh bilangan besar rakyat Singapura yang tinggal di bandar-bandar tersebut.
Sama seperti mengundi di Singapura, stesen mengundi di luar negara akan dibuka selama 12 jam, antara jam 8 pagi dan 8 malam.
Bagi yang tidak tinggal berhampiran mana-mana pusat mengundi, mereka boleh mengundi secara pos.
Lebih 6,600 warga Singapura luar negara sudah mendaftar sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Presiden 2023.
Keseluruhannya, lebih 2.7 juta rakyat Singapura akan memutuskan hari ini siapa antara tiga calon yang akan menjadi presiden kesembilan republik itu.
Halimah memegang jawatan Presiden Singapura sejak 2017. Beliau tidak bertanding untuk penggal kedua selepas tempoh pentadbirannya tamat pada 13 September.
Halimah merupakan Presiden kelapan Singapura dan wanita pertama berkhidmat sebagai Presiden.
Keputusan pilihan raya akan diketahui selewat-lewatnya pada 11 malam.
Astro Awani
Thu Aug 31 2023
![Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693516704_TBHalimahYacob.jpg)
Halimah ketika hadir bagi mengangkat sumpah pada upacara perasmian khas di Istana, Singapura, 14 Sept 2017. Turut kelihatan, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. - Gambar fail REUTERS
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739431249_WhatsApp.jpg)
Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.
Industri gas: Akses kepada pembiayaan cabaran peralihan tenaga lebih mampan
Malaysia serta negara setara di rantau ini yang amat bergantung kepada gas asli, yang telah dikenal pasti untuk pertumbuhan sosioekonomi.
AirAsia X: Penumpang melonjak 41% kepada lebih 4 juta pada 2024
Kapasiti tempat duduk juga meningkat sebanyak 35% tahun ke tahun kepada 4.8 juta tempat duduk tahun lepas.
KDNK 2024: Ekonomi dijangka kukuh, menepati unjuran
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang hingga 5.3% pada 2024, namun cabaran ketidaktentuan global pada 2025 menuntut persediaan kerajaan.
![Kabinet Belarus letak jawatan Kabinet Belarus letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738621601_TBAlexanderLukashen.jpg)
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
![Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736740938_ZoranMilanovic.jpg)
Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan
Tinjauan yang diterbitkan oleh tiga stesen televisyen tempatan menunjukkan Milanovic memperoleh 77.86 peratus undi.
![Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734164855_LondonElection.jpg)
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
![Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731715030_LeeJaemyung.jpg)
Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.
![Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/61580344181_TBDowJones.jpg)
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
![Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730560191_washingtonelection.jpg)
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
![Peningkatan pengundi baharu dalam undian awal boleh ubah haluan negeri penentu di AS Peningkatan pengundi baharu dalam undian awal boleh ubah haluan negeri penentu di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730555243_pilihanrayaUSA.jpg)
Peningkatan pengundi baharu dalam undian awal boleh ubah haluan negeri penentu di AS
Dengan hampir 60 juta undi telah disempurnakan, data undian awal memberikan gambaran mengenai kedinamikan perlumbaan presiden tahun ini.
![Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725618194_TBTRUMPKAMALA.jpg)
Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan
Tinjauan menunjukkan bahawa 47 peratus pengundi di AS akan memilih Trump, berbanding 45 peratus untuk Harris.
![Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729115842_ElonMuskDonaldTr.jpg)
Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump
Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besar Musk dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini.
![Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728263495_KaisSaied.jpg)
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.