ZAGREB: Penyandang Presiden Croatia Zoran Milanovic mendahului pencabarnya Dragan Primorac dalam pusingan kedua pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad, menurut tinjauan pendapat, lapor Xinhua.

Tinjauan yang diterbitkan oleh tiga stesen televisyen tempatan utama - HRT, Nova TV dan RTL menunjukkan Milanovic memperoleh 77.86 peratus undi, jauh mengatasi Primorac yang hanya mendapat 22.14 peratus.

Semasa pusingan pertama pilihan raya yang diadakan pada 29 Disember tahun lepas, Milanovic yang disokong oleh parti pembangkang Parti Demokratik Sosial dan Primorac, yang disokong oleh parti pemerintah Kesatuan Demokratik Croatia, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dengan 49.09 peratus dan 19.35 peratus undi daripada lapan calon.

-- BERNAMA