KUALA LUMPUR: Presiden Singapura Halimah Yacob berkata, beliau menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya dengan Malaysia kerana pertukaran itu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Beliau berkata, saranan itu dibuat oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa lawatan baginda ke Pandu Puteri Singapura Oktober tahun lepas.
"Apabila teknologi semakin mengecilkan dunia kita, rangkaian rakan dan mentor transnasional akan menjadi sumber yang hebat.
"Justeru, saya amat bersetuju dengan Seri Paduka Baginda apabila baginda menyarankan pertukaran yang lebih besar. Pertukaran itu boleh memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat yang telah lama terjalin dan hubungan dua hala kedua-dua negara yang lebih cemerlang," katanya.
Presiden Singapura itu berkata demikian dalam ucapannya semasa lawatan ke Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, di sini.
Halimah yang dalam rangka lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia juga berkata, beliau gembira melihat kemajuan hubungan pergerakan Pandu Puteri kedua-dua negara yang semakin berkembang.
"Pada tahun lepas, Kem Antarabangsa Pandu Puteri yang diadakan di Singapura meraikan kedatangan kumpulan itu daripada pelbagai peringkat umur dan negara termasuk rakan-rakan kami dari Malaysia.
"Selain membangunkan empati dan kepimpinan, platform sedemikian juga membantu wanita muda kita untuk membangunkan pemahaman silang budaya dan perspektif global," katanya.
Sebagai Penaung Pandu Puteri Singapura, Halimah berkata, pergerakan Pandu Puteri amat dekat di hatinya kerana menerusi pelbagai program dan projek, ia bukan hanya mendedahkan wanita muda dengan rasa keakraban, tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka untuk aktif dalam masyarakat dan berusaha untuk membuat perubahan positif.
Presiden itu juga berkata beliau kagum apabila mengetahui tentang aktiviti kreatif yang kerap dianjurkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk ahli-ahlinya bagi semua peringkat umur.
Beliau juga menggalakkan kumpulan itu meneroka pengalaman baharu dan merebut setiap peluang untuk meluaskan ufuk mereka.
Sementara itu, dalam titah baginda, Tunku Azizah mengimbau kembali prestasi baginda dalam menyumbang kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan berkhidmat kepada empat isteri Perdana Menteri ketika menjadi Timbalan Presiden persatuan itu.
Empat Perdana Menteri itu adalah isteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali), isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Allahyarham Tun Endon Mahmood) serta isteri sekarang, Tun Jeanne Abdullah dan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Datin Seri Rosmah Mansor).
"Ketika itu beta sering ke luar negara mempengerusikan mesyuarat manakala isteri perdana menteri sibuk mengiringi suami mereka bertugas.
"Tetapi kini sebagai Permaisuri Agong dan Penaung Diraja, beta juga mendapat empat isteri perdana menteri sebagai Presiden iaitu Tun Siti Hasmah, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (isteri Tan Sri Muhyiddin Yassin), Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (isteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim)," titah baginda.
- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Presiden Singapura Halimah Yacob berucap semasa lawatan ke Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Keberanian wanita bersuara wajar dapat pujian - Tengku Shireen
Keberanian wanita masa kini yang lebih berani menyuarakan pendapat wajar mendapat pujian, kata Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman.

Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat
Presiden Singapura sokong saranan Raja Permaisuri Agong untuk mengadakan pertukaran antara pergerakan Pandu Puteri Malaysia dua negara.

Raja Permaisuri Agong mahu ahli Pandu Puteri Malaysia praktikkan program WAGGGS
Model kepimpinan WAGGGS dapat membentuk ahli PPPM menjadi insan yang berdisiplin tinggi dengan akhlak terpuji.

Raja Permaisuri Agong terharu terima pengiktirafan tertinggi WAGGGS
Ia dianugerahkan kepada Tunku Azizah susulan penglibatan, perkhidmatan serta sumbangan luar biasa Seri Paduka dalam persatuan itu sama ada di peringkat nasional mahupun global.