SINGAPURA: Presiden Singapura Halimah Yacob memutuskan untuk tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden yang dijadual diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.
Ketika mengumumkan perkara itu di laman Facebook rasminya hari ini, Halimah berkata keputusan berkenaan dibuat "selepas pertimbangan yang sangat teliti."
"Ia satu keistimewaan dan penghormatan yang besar untuk berkhidmat sebagai presiden kelapan Singapura sejak enam tahun lalu...," katanya.
Halimah, 68, adalah presiden wanita pertama dalam sejarah Singapura.
"Saya sedar tanggungjawab besar sebagai presiden semasa memegang jawatan pada 2017 dan saya telah mencuba yang terbaik untuk melunaskannya. Matlamat saya adalah untuk membantu mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang," tulisnya.
Beliau turut berterima kasih kepada semua rakyat Singapura atas kepercayaan, timbang rasa dan kebaikan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada organisasi masyarakat, sosial dan perniagaan yang telah mencetuskan inspirasi menerusi keyakinan dan semangat yang ditunjukkan untuk membina Singapura yang lebih baik, katanya.
Halimah berkata beliau amat bertuah kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada semua rakyat jelata tanpa mengira kaum, bahasa atau kedudukan sosial sebagai Presiden Singapura.
"Saya akan sentiasa menghargai kenangan indah dan pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh saya berkhidmat. Ini akan memberi inspirasi kepada saya untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara dengan cara yang lain selagi termampu," kata Halimah.
Tempoh khidmat beliau dilaporkan akan tamat pada 13 Sept.
Beliau berada di Malaysia pada Mac lalu untuk lawatan negara selama tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Halimah, 68, adalah presiden wanita pertama dalam sejarah Singapura. - Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Tharman dan yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel
Tharman Shanmugaratnam mendahului dalam pemilihan presiden kesembilan Singapura dengan undian 70 peratus.

3 calon layak bertanding dalam pilihan raya presiden Singapura
Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden Singapura mengeluarkan sijil kelayakan kepada Ng Kok Song, Shanmugaratnam Tharman dan Tan Kin Lian untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.

Halimah Yacob putuskan tidak tanding semula pada Pilihan Raya Presiden Singapura
Presiden Singapura Halimah Yacob memutuskan untuk tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden yang dijadual diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.

Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat
Presiden Singapura sokong saranan Raja Permaisuri Agong untuk mengadakan pertukaran antara pergerakan Pandu Puteri Malaysia dua negara.

Presiden Singapura diberi sambutan negara di Istana Negara
Presiden Singapura Halimah Yacob diberi sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Presiden Singapura tiba di Malaysia sempena lawatan negara
Kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober 2022.

Presiden Singapura lawat Malaysia minggu depan
Presiden Singapura Halimah Yacob akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Isnin hingga 22 Mac.