Presiden Singapura, Halimah Yacob akan berpindah dari kediamannya sekarang di Yishun.
Beliau telah menerima syor yang diberikan Kementerian Dalam Negeri (MHA) republik itu, yang menasihatkan Presiden untuk memikirkan berpindah ke tempat lain."
"Terima kasih di atas keprihatinan anda mengenai kediaman saya. MHA baharu sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai cabaran keselamatan yang dihadapi mereka sekiranya saya terus tinggal di kediaman saya sekarang," kata beliau di dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Justeru, sebanyak mana saya suka untuk terus tinggal di rumah saya sekarang di Yishun, saya telah menerima syor MHA dan akan melakukan persiapan untuk berpindah ke tempat baharu," kata beliau.
MHA hari ini berkata Presiden menyatakan beliau ingin terus tinggal di kediamannya sekarang di Yishun, "bergantung kepada pertimbangan keselamatan."
MHA berkata ia sudah melakukan penilaian terperinci mengenai aturan keselamatan Presiden dan memberitahu Halimah bahawa agensi keselamatan berhadapan beberapa cabaran dalam memastikan keselamatan dan perlindungan beliau, jika terus tinggal di kediamannya sekarang.
Justeru, MHA menasihatkan Presiden supaya memikirkan untuk berpindah ke tempat lain, menurut satu kenyataan di dalam laman sesawangnya.
"Ini akan membolehkan agensi-agensi memastikan keselamatan beliau lebih terjamin, " katanya.
MHA berkata Presiden menerima syornya mengenai keselamatan itu.
"Beliau akan melakukan persiapan untuk berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi," katanya.
Halimah sebelum ini mengambil keputusan untuk terus tinggal di flat jumbo HDB selepas menjadi Presiden Kelapan Singapura , bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2017
Presiden Singapura, Halimah Yacob akan berpindah dari kediamannya sekarang di Yishun.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Tharman dan yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel
Tharman Shanmugaratnam mendahului dalam pemilihan presiden kesembilan Singapura dengan undian 70 peratus.
Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura
Pengundi yang layak boleh menggunakan aplikasi Singpass untuk mengakses kad epoll atau kad undi elektronik yang tertera pusat mengundi.
Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-58 dengan perarakan besar-besaran
Sambutan kali ini lebih meriah selepas 'perbarisan' tahun lepas, menggabungkan perarakan fizikal dan maya, disaksikan 27,000 pengunjung.
Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan
Permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Halimah Yacob putuskan tidak tanding semula pada Pilihan Raya Presiden Singapura
Presiden Singapura Halimah Yacob memutuskan untuk tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden yang dijadual diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.
Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat
Presiden Singapura sokong saranan Raja Permaisuri Agong untuk mengadakan pertukaran antara pergerakan Pandu Puteri Malaysia dua negara.
Singapura, Malaysia perlu saling membantu jadikan wilayah ASEAN bersatu, berwibawa - Halimah
Singapura dan Malaysia selaku antara pengasas ASEAN dan rakan kongsi, perlu membantu rantau ini kekal bersatu dan berwibawa, kata Presiden Singapura Halimah Yacob.
Agong harap Malaysia dan Singapura kembang kerjasama keterjaminan makanan, ekonomi hijau
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura boleh mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta keterjaminan makanan.