AMMAN: Giorgia Meloni pada Jumaat dinamakan sebagai perdana menteri Itali sekali gus menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan itu.
Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang bergabung dengan Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi dan Liga Matteo Salvini, meraih kemenangan dalam pilihan raya pada bulan lalu.
Kerajaan Itali yang ke-68 sejak 1946 itu akan menggantikan kerajaan perpaduan pimpinan bekas ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi.
Mario Draghi sedang menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels selaku perdana menteri sebelum melepaskan jawatan itu, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Menurut agensi berita Itali ANSA, Meloni, 45, akan mengangkat sumpah pada 10 pagi Sabtu selepas menerima mandat daripada Presiden Sergio Mattarella untuk membentuk kerajaan baharu.
Barisan Kabinetnya terdiri 24 menteri turut mengangkat sumpah pada hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang bergabung dengan Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi dan Liga Matteo Salvini, meraih kemenangan dalam pilihan raya pada bulan lalu. - AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.

Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali.

Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang
Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.

Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi
Lelaki itu dipercayai menyasarkan ahli mesyuarat lembaga kondominium dan suspek berjaya ditahan.

Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi
Giorgia Meloni berkata pakej itu akan menyediakan tindak balas segera terhadap keperluan ekoran bil tenaga yang lebih tinggi.

Kabinet baharu Itali menang undi percaya
Kabinet baharu Itali yang diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya.

Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan
Anggota Kabinet baharu Itali diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di dewan perwakilan pada Selasa.

PM baharu Itali Giorgia Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran
Meloni menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baru-baru ini.

Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan
Ini berdasarkan tinjauan pasca pengundian yang berakhir dalam pilihan raya Itali, pada Ahad.