ROM: Pakatan berhaluan kanan diketuai parti Brothers of Italy pimpinan Giorgia Meloni mempunyai peluang yang cerah memenangi majoriti kukuh dalam Parlimen akan datang.
Ini berdasarkan tinjauan pasca pengundian setelah selesai pilihan raya Itali, pada Ahad, yang dikeluarkan media rasmi negara, RAI.
Menurutnya, blok parti konservatif termasuk Liga Matteo Salvini dan parti Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi, menang antara 41 dan 45 peratus bagi menjamin kawalan kedua-dua dewan Parlimen.
Undang-undang pilihan raya Itali memihak kepada kumpulan yang berjaya mewujudkan pakatan praundi, memberikan mereka bilangan kerusi yang besar berbanding dengan jumlah undi mereka.
Keputusan penuh dijangka pada awal Isnin.
Jika disahkan, keputusan itu akan memperlihatkan peningkatan yang luar biasa untuk Meloni, yang partinya hanya memenangi 4 peratus undi pada pilihan raya terakhir pada 2018.
Bagaimanapun, kali ini ia diramalkan muncul sebagai kumpulan terbesar Itali dengan 22.5 hingga 26.5 peratus.
Sebagai ketua parti terbesar dalam pakatan yang menang, beliau adalah pilihan yang jelas untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama Itali.
Meloni, 45 tahun, berikrar untuk menyokong dasar Barat mengenai Ukraine dan tidak mengambil risiko yang tidak wajar dengan ekonomi ketiga terbesar di zon Euro itu.
Pilihan raya Itali diadakan susulan keruntuhan pakatan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mario Draghi pada Julai.
Itali mempunyai sejarah ketidakstabilan politik dan Perdana Menteri seterusnya akan mengetuai kerajaan ke-68 negara itu sejak 1946.
Perdana Menteri akan menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya kos tenaga yang melambung tinggi dan masalah ekonomi yang semakin meningkat.
Keputusan undian itu juga diperhatikan di ibu negara Eropah dan di pasaran kewangan, ketika wujud hasrat untuk mengekalkan perpaduan dalam urusan dengan Rusia dan kebimbangan terhadap hutang Itali.
Astro Awani
Mon Sep 26 2022
![Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664152224_GiorgiaMeloni.jpg)
Meloni berikrar untuk menyokong dasar Barat mengenai Ukraine dan tidak mengambil risiko yang tidak wajar dengan ekonomi ketiga terbesar di zon Euro itu. - Foto REUTERS
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699148019_tbGiorgiaMeloni.jpg)
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
![Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718424455_GiorgiaMeloniEmmanue.jpg)
Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali.
![Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681272773_PelarianUkraine.jpg)
Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang
Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.
![Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665047402_TBSHOOTING.jpg)
Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi
Lelaki itu dipercayai menyasarkan ahli mesyuarat lembaga kondominium dan suspek berjaya ditahan.
![Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668236044_coviditali.jpg)
Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi
Giorgia Meloni berkata pakej itu akan menyediakan tindak balas segera terhadap keperluan ekoran bil tenaga yang lebih tinggi.
![Kabinet baharu Itali menang undi percaya Kabinet baharu Itali menang undi percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666925116_GiorgiaMeloni.jpg)
Kabinet baharu Itali menang undi percaya
Kabinet baharu Itali yang diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya.
![Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666580966_GiorgiaMeloni.jpg)
Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan
Anggota Kabinet baharu Itali diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di dewan perwakilan pada Selasa.
![PM baharu Itali Giorgia Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran PM baharu Itali Giorgia Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666580966_GiorgiaMeloni.jpg)
PM baharu Itali Giorgia Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran
Meloni menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baru-baru ini.
![Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664152224_GiorgiaMeloni.jpg)
Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan
Ini berdasarkan tinjauan pasca pengundian yang berakhir dalam pilihan raya Itali, pada Ahad.