Dua pelancong rakyat Malaysia antara yang maut termasuk Datin Tai Siew Kim, 56 tahun yang merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan isteri kepada Ketua Pengarang China Press Datuk Teoh Yang Khoon.
Manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.
Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, seramai 44 pelancong alami kecederaan dan 8 antaranya adalah rakyat Malaysia.
BACA: Gempa Lombok: Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew maut
BACA: Gempa Lombok: Seorang warga Malaysia disahkan maut di lokasi air terjun
BACA: Gempa Lombok: 22 warga Malaysia di lokasi air terjun antara terjejas, dua pelancong maut
Difahamkan, terdapat 22 pelancong rakyat Malaysia berada di lokasi alam semula jadi itu sewaktu kejadian berlaku.
Terdahulu, media tempatan melaporkan, sejumlah 40 pelancong termasuk warganegara Malaysia yang sedang menikmati keindahan lokasi Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara pada Ahad berdepan situasi cemas apabila gempa bumi yang melanda wilayah tersebut menyebabkan kesan tanah runtuh.