LAHAD DATU: Perkelahan sekumpulan remaja di kawasan rekreasi air terjun di kawasan hutan di sini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas pada Ahad.
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota dikejar ke kawasan hutan milik Jabatan Perhutanan yang terletak sejauh 21 kilometer dari BBP Lahad Datu.
"Difahamkan mangsa ke tempat rekreasi itu bersama rakannya untuk mandi di kawasan air terjun tersebut.
"Bagaimanapun, ketika kejadian dua rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal.
"Mangsa hanya berjaya ditarik keluar dari air terjun tersebut oleh pegawai Jabatan Perhutanan yang ada di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Pasukan bomba dan kakitangan Jabatan Perikanan seterusnya bertindak membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. Operasi ditamatkan pada jam 1.10 tengah hari," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024

Perkelahan sekumpulan remaja di kawasan rekreasi air terjun di kawasan hutan di sini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.