Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, mangsa, P Thineswaran, 31, ditemui pada jam 6.38 petang selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.
“Mangsa yang juga pekerja kilang dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dipercayai pergi ke pusat peranginan itu bersama 14 rakannya serta seorang kanak-kanak untuk mandi di situ.
“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.52 petang Ahad melalui panggilan MERS 999 selepas mendapati mangsa dihanyutkan arus deras sebelum operasi SAR mencari mangsa dilakukan pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.