Lebih 33,000 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat itu di Turkiye dan Syria setakat ini, menurut pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) pada Ahad.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di wilayah Kahramanmaras telah menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Beberapa negara di rantau ini termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran kuat itu.
-- BERNAMA