Permohonan maaf itu dibuat Erdogan ketika kemarahan rakyat semakin meningkat terhadap tindak balas kerajaan terhadap misi gempa.
Jelas Erdogan, gempa susulan dan cuaca yang sejuk menjadi cabaran kepada pasukan menyelamat untuk meneruskan misi menyelamat seperti yang diharapkan.
Lebih 50,000 orang terkorban di Turkiye dan Syria susulan gempa besar berlaku pada 6 Februari lalu.
Terdapat empat gempa bumi baharu dan 45 gegaran susulan dengan magnitud 5 ke 6 sejak dua gempa besar pada 6 Februari, menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.
Bank Dunia berkata gempa bumi pada 6 Februari itu menyebabkan kerosakan kira-kira AS$34 bilion di Turkiye.
Kos pembinaan semula mungkin menalan belanja dua kali ganda.
Gempa itu turut menyebabkan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Lebih 160,000 bangunan termasuk 520,000 pangsapuri runtuh atau rosak teruk pada 6 Februari.
Kerajaan berkata ratusan orang sedang disiasat dan hampir 200 orang, termasuk kontraktor pembinaan dan pemilik hartanah, telah pun ditangkap.
Ia susulan spesifikasi bangunan baharu yang dilaporkan tidak kalis gempa.