TAIPEI: Dua mayat ditemukan dalam keadaan separuh tertimbus di bawah timbunan batu di Denai Shakadang, Taman Negara Taroko pada Jumaat dan pasukan penyelamat meneruskan pencarian empat lagi yang hilang sepanjang denai itu sejak gempa bumi Rabu lepas.
Mayat seorang lelaki dan seorang wanita itu ditemukan di penanda 0.5 kilometer denai itu, yang merupakan satu daripada dua lokasi yang rosak akibat gelongsor batuan, kira-kira 9.25 pagi Jumaat, menurut Central News Agency (CNA).
Pasukan penyelamat berkata usaha masih diteruskan untuk mengeluarkan mereka daripada timbunan batu di denai itu.
Mereka merupakan antara enam yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sejak Rabu.
Chen Yi-feng yang mengetuai Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat daripada Agensi Kebakaran Nasional berkata penyelamat menggunakan anjing dan alat pengesan mangsa untuk membantu pencarian mereka berhampiran permulaan denai pada pagi Jumaat selepas dua hari pulang dengan tangan kosong.
Setakat tiga petang Jumaat, tinggal 13 lagi yang masih belum ditemukan selepas gempa bumi di Taiwan, menurut Pusat Operasi Kecemasan (CEOC).
Daripada jumlah 13 orang itu, CEOC berkata tiga daripada mereka ialah rakyat asing, seorang rakyat Kanada dan dua orang lagi dari Singapura yang memegang pasport Australia.
Ia juga berkata 671 orang pada masa ini terperangkap dalam kawasan Tianxiang dan mereka tidak dapat keluar kerana satu-satunya laluan yang menghubungkan tempat itu Lebuhraya Wilayah No.8 tersekat di kedua-dua arah.
Antara 671 orang yang terperangkap itu, 508 berada di hotel, 29 berlindung di Gereja Katolik Tianxiang dan 84 lagi berada di Sekolah Rendah Sipaw , barat laut Tianxiang.
Gempa bumi yang terkuat melanda Taiwan dalam tempoh hampir 25 tahun itu setakat ini mengorbankan 10 orang (tidak termasuk dua mayat ditemukan di Shakadang) dan 1,115 orang lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
![Gempa bumi Taiwan: Dua mayat ditemukan di Denai Kembara Shakadang Gempa bumi Taiwan: Dua mayat ditemukan di Denai Kembara Shakadang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712326084_DuaMayatDenaiSha.jpg)
Pasukan penyelamat berkata usaha masih diteruskan untuk mengeluarkan mereka daripada timbunan batu di denai itu. - Gambar Sinar Harian
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719580161_TBindonesia.jpg)
Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
![Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719579819_gempaperu.jpg)
Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru
USGS berkata gegaran itu berlaku pada 12.36 tengah malam waktu Lima (0536GMT) pada Jumaat di wilayah Nazca dalam daerah Ica.
![Gempa bumi kuat gegar pantai Peru Gempa bumi kuat gegar pantai Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719563916_earthquake.jpg)
Gempa bumi kuat gegar pantai Peru
Pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru.
![Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.
![Gempa bumi dengan 6 magnitud landa Jepun Gempa bumi dengan 6 magnitud landa Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717409132_JapanEarthquake.jpg)
Gempa bumi dengan 6 magnitud landa Jepun
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Wilayah Ishikawa, Jepun awal pagi Isnin.
![Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga - MetMalaysia Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716775085_tbKepulauanTonga.jpg)
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga - MetMalaysia
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada 4.47 pagi Isnin.
![Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716696890_gempabumi.jpg)
Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
![Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712503337_TBindonesia.jpg)
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
![Gempa bumi berkembar gegar Bandung Gempa bumi berkembar gegar Bandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714642525_TBGEMPABANDUNG.jpg)
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.