GEMPA bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di  Sichuan, China pada 4.33 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu, gempa bumi itu berlaku di koordinat 28.9 darjah utara dan 105.3 darjah timur di Sichuan dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gempa bumi itu dikesan 143 kilometer barat daya dari Chongqing, China," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.