WELLINGTON: Gempa bumi berukuran magnitud 5.1 melanda daerah Waikato di bahagian tengah Pulau Utara New Zealand pada hari Rabu, menurut GeoNet.

Gempa bumi yang dilaporkan berlaku pada 5.30 pagi waktu tempatan itu menggegarkan Kawasan yang terletak lima kilometer ke selatan pekan Te Aroha, pada kedalaman tujuh kilometer, dengan lebih 20,000 orang melaporkan merasa gegaran dalam masa satu jam, menurut GeoNet, lapor Xinhua.

Ramai penduduk berkata gempa itu berasa "agak kuat" dan berlarutan "lebih 20 saat".

Tiada laporan mengenai kerosakan besar atau panggilan untuk bantuan setakat ini.

-- BERNAMA