Beberapa tsunami kecil dikesan susulan gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda bahagian timur Loyalty Islands, New Caledonia di Pasifik Selatan pada Isnin.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii telah pun mengeluarkan amaran tsunami bagi garis pantai berjarak 300 kilometer dari pusat gempa itu.
Arahan bersiap sedia untuk berpindah juga telah dikeluarkan bagi pengunjung-pengunjung yang berada di sekitar hotel berdekatan pantai.
Ketinggian gelombang juga dikatakkan berubah-ubah bergantung pada garis pantai dan gelombang awal.
Tsunami kecil yang telah dikesan diramalkan akan naik ke ketinggian satu meter (tiga kaki) di atas paras air pasang dan melanda bahagian-bahagian New Caledonia manakala ombak lebih kecil dijangka melanda Vanuatu.
"Kami agak terkejut dengan kejadian gempa bumi malam tadi dan hari ini gempa yang agak besar telah berlaku," kata pengurus perhubungan Hotel Nengone Village, Wayan Rigault.
Menurut Rigault, tiada sebarang kerosakan yang berlaku, namun para tetamu telah bersedia jika ada amaran pemindahan rasmi dikeluarkan.
Pejabat Pengurusan Bencana Nasional Vanuatu menasihatkan penghuni di wilayah selatan untuk mengosongkan kawasan pesisir pantai dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi.
Ini merupakan gempa kedua di kawasan berkenaan dalam masa 12 jam.
Agensi
Mon Nov 20 2017

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii telah pun mengeluarkan amaran tsunami bagi garis pantai berjarak 300 kilometer dari pusat gempa.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.

Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 pada Khamis menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, menurut agensi cuaca.

Gempa bumi Taiwan: Seorang terbunuh, lebih 50 orang cedera
Seorang terbunuh dan lebih 50 orang cedera selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda pantai timur Taiwan.

Gempa Taiwan: Filipina, Jepun batal amaran tsunami
Pusat Amaran Tsunami Pasifik pada Rabu memaklumkan tiada lagi risiko ancaman tsunami selepas Taiwan digegarkan gempa kuat 7.4 pada skala Richter.

Papua New Guinea dilanda gempa bumi 6.9 magnitud
Papua New Guinea dilanda gempa bumi berukuran 6.9 magnitud pada Ahad, menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi Jepun: Angka kematian terus meningkat
Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 48 orang setakat 3.30 petang waktu tempatan selepas siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar pada Isnin.

Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 30
Sekurang-kurangnya 24 orang maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo pada Selasa.

Tiada rakyat Malaysia terjejas oleh gempa bumi di Jepun
Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun pada Isnin, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Gempa bumi kuat landa Jepun, amaran tsunami peringkat tinggi dikeluarkan
Agensi metereologi mengeluarkan amaran peringkat tinggi untuk Ishikawa dan peringkat rendah untuk seluruh pantai barat laut pulau Honshu.