GEMPA bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua, Indonesia pada Sabtu.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia bagaimanapun memaklumkan gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
BMKG menambah pusat gempa berada sekitar 262 kilometer (km) dari bandar Biak, pada kedalaman 16km.
Setakat ini tiada laporan berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam hantaran di laman Twitter turut mengesahkan kejadian tersebut.
Jabatan itu berkata, ia berlaku sekitar 8.05 pagi waktu tempatan, dan tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sejak semalam Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berlaku di beberapa lokasi di Indonesia dengan magnitud 5.1, 5.2 dan 6.1.
Astro Awani
Sat Sep 10 2022

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam hantaran di laman Twitter turut mengesahkan kejadian tersebut. - USGS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 5.41 petang Khamis.

Gempa bumi sederhana landa Halmahera, Indonesia
Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilapor berlaku di Halmahera, Indonesia pada 10.09 malam ini.

Gempa bumi kuat landa Sumba Region, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda Sumba Region, Indonesia pada 6.02 petang Jumaat.