KUALA LUMPUR:Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 5.41 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 226 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 47 km.

Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA