SEORANG anak tergamak menikam ibunya dalam amukan selepas menjadi paranoid mengenai konspirasi Freemasons dan Illuminati.
Menurut perbicaraan mahkamah pada Selasa, Malo Myers, 32 tahun, mengambil dua bilah pisau dari dapur rumahnya di Aylesbury, United Kingdom lalu menikam ibunya Lorna, apabila dia cuba untuk menghalang Myers keluar daripada rumah.
Myers kemudian menerkam seorang lagi mangsa dan turut menikamnya, lapor portal berita Mirror.uk.
Menurut pendakwa raya Michael Rocques, Myers menikam ibunya Lorna dua kali di bahagian dada.
Serangan kejam itu berlaku berikutan berminggu-minggu keluarganya semakin merasa takut, selepas Myers mengalami delusi paranoid mengenai pertubuhan Freemasons dan Illuminati yang sering menjadi konspirasi popular di Internet, tambah Rocques.
Hakim Heather Norton turut mendengar bahawa keluarganya telah merayu Myers untuk mendapat bantuan perubatan bagi merawat kesihatan mentalnya yang semakin merosot berikutan Myers sering membuat komen mengenai ‘pertubuhan-pertubuhan rahsia’.
Myers kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian merentasi halaman depan rumahnya, sebelum melompat pagar dan ke atas bumbung garaj. Penduduk setempat menyaksikan dalam ketakutan apabila Myers berlari sambil membawa pisau yang berlumuran darah.
Dia kemudian dihalang oleh dua individu yang menemuinya dalam keadaan mencurigakan, sehinggalah polis tiba di tempat kejadian lalu menahannya.
Apabila hadir di Mahkamah Reading Crown, Berkshire pada Selasa, Myers mengaku bersalah atas dakwaan pembunuhan serta tuduhan mencederakan dengan niat.
Bagaimanapun, ibu saudaranya dalam mahkamah turut membaca kenyataan yang mengharukan apabila beliau memaafkan perbuatan Myers itu.
“Saya dan sekeluarga menyokongnya dalam melalui kes ini. Walaupun saya berduka cita dengan kematian kakak saya, saya tetap memaafkan Carlton (nama panggilan Myers dalam kalangan keluarganya) dan masih menyayanginya.
“Saya menyedari bahawa dia tidak brmaksud untuk melakukan perkara itu. Saya tekad untuk melakukan yang terbaik untuknya,” kata ibu saudaranya.
Myers dihukum penjara selama sembilan tahun empat bulan bagi tuduhan pertama dan empat tahun bagi tuduhan kedua.
Agensi
Wed Mar 06 2019

Serangan kejam itu berlaku berikutan Myers mengalami delusi paranoid mengenai Freemasons dan Illuminati yang sering menjadi konspirasi. Gambar hiasan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?