APAKAH yang akan terjadi jika dua penyanyi terkenal Ariana Grande dan Jungkook dari BTS dilihat bersama?
Ya, semestinya ia akan mencetuskan kekecohan!
Baru-baru ini, Jungkook yang merupakan salah seorang daripada tujuh jejaka tampan BTS hadir ke konsert ‘Sweetener’ Ariana yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Bukan setakat hadir, mereka berdua juga sempat selfie atau berswafoto selepas persembahan konsert.
Ariana yang begitu teruja telah memuat naik gambar tersebut di laman Instagram milik peribadinya bersertakan kapsyen yang menjadi tumpuan ramai.
Biarpun ia baru sahaja dimuat naik dalam masa 12 jam, gambar tersebut telah pun mendapat jumlah sukaan sebanyak 4.7 juta di laman Instagram miliknya.
Ariana yang terkenal dengan lagu ‘Thank You, Next!’ itu lebih menghangatkan keadaan menerusi Insta Stories selepas menunjukkan gambar selfie mereka berdua itu sebagai 'wallpaper' telefon bimbitnya.
Gambar mereka berdua menjadi trending di media sosial kerana ia memang sebenarnya suatu yang luar biasa untuk melihat Ariana memuat naik gambar bersama kapsyen yang bermakna itu.
Persoalannya, mengapakah Ariana sanggup menjadikan gambar mereka berdua itu sebagai 'wallpaper' untuk skrin telefon bimbitnya sehingga berkongsikan tangkapan skrin 'wallpaper' itu menerusi Insta Stories?
Jungkook yang merupakan ahli paling muda dalam BTS, turut memberikan kenyataan menerusi laman Twitter rasmi (BTS_twt) menunjukkan dirinya juga merasakan keterujaan yang sama.
“I felt and learned a lot after seeing her stage. I am really challenged by her stage and will try harder!” tulisnya yang turut berkongsi gambar dia sedang memegang wang kertas peringatan dari konsert yang berlangsung pada 6 hingga 7 Mei itu.
Kumpulan fenomena K-pop itu kini menikmati hari percutian mereka di Los Angeles selepas persembahan konsert siri jelajah “Love Yourself: Speak Yourself” pertama mereka yang berlangsung di Rose Bowl pada 4 dan 5 Mei lalu.
Ketujuh-tujuh ahli BTS itu berkongsi gambar mereka sedang berseronok di laman Twitter termasuk foto bersama penyanyi yang popular dengan lagu 'All of Me', John Legend.
Tujuh jejaka BTS yang terdiri daripada Jimin, Jungkook, J-Hope, Jimin, Suga, RM dan V bakal mengadakan konsert mereka yang seterusnya di Soldier Field, Chicago hujung minggu ini.
Faris Danial Razi
Wed May 08 2019

Selepas 12 jam gambar 'selfie' Ariana Grande dan Jungkook BTS dimuat naik melalui laman Instagram, ia menjadi trending dan mendapat jumlah sukaan sebanyak 4.1 juta - Gambar Instagram @arianagrande
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Gambar selfie Ariana Grande dan Jungkook BTS jadi 'wallpaper'? Sweetnya!
Ariana Grande sangat teruja dapat bertemu dengan Jungkook BTS sehinggakan gambar selfie mereka dijadikan 'wallpaper'.