KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) telah menuruntaraf kedudukan Malaysia sebagai ‘Tier 3’, dalam Laporan Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2021.
Menurut laporan yang dikeluarkan pada Khamis, Kerajaan Malaysia tidak memenuhi standard minimum berdasarkan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan 2000 (TVPA) AS.
Selain itu, Jabatan Negara AS berkata, Malaysia tidak melaksanakan langkah bersesuaian untuk menanganinya, biar pun selepas mengambil kira impak COVID-19 ke atas kapasiti anti pemerdagangan negara ini.
“Walaupun kekurangan langkah yang signifikan, Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah bagi menangani pemerdagangan manusia. Mereka telah menghadap beberapa individu ke muka pengadilan, menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) proses identifikasi mangsa.
“Selain itu, Malaysia juga telah menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan, dan mengeluarkan keputusan kajian yang mereka biayai, berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa dan kanak-kanak dalam sektor kelapa sawit,” menurut laporan itu lagi.
Bagaimanapun Jabatan Negara AS berkata, Kerajaan Malaysia terus mencampurkan isu pemerdagangan manusia serta jenayah penyeludupan migran sebagai satu.
Selain itu mereka berkata, Malaysia tidak menangani secara tuntas dakwaan sesetengah pihak mengenai pemerdagangan buruh paksa, termasuk industri pemprosesan getah dan kelapa sawit, yang Malaysia kuasai hampir 33 peratus daripada pasaran global.
Berdasarkan laporan itu, Malaysia diletakkan sebaris dengan negara-negara seperti Afghanistan, Burma, China, Russia, Korea Utara, Sudan Selatan, Syria, dan Guinea-Bissau.
Negara-negara yang diletakkan dalam Tier 3 mempunyai risiko terhadap kekangan dan bantuan oleh negara-negara asing, dan Presiden AS boleh memutuskan untuk tidak menyalurkan bantuan berdasarkan TVPA negara itu.
Untuk rekod, sejak akta itu diperkenalkan pada 2000, kedudukan terbaik pernah Malaysia kecapi ialah pada tahun 2000.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dipetik sebagai berkata: - “Kedudukan ini adalah pencapaian terbaik negara sejak tahun 2007 iaitu setelah negara mempunyai perundangan khusus mengenai pemerdagangan orang”.
Sementara itu, seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri memberitahu Astro AWANI, buat masa kini Kementerian tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan tersebut.
Astro Awani
Fri Jul 02 2021
Untuk rekod, sejak akta itu diperkenalkan pada 2000, kedudukan terbaik pernah Malaysia kecapi ialah pada tahun 2000. - Gambar hiasan
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia
Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Jangan guna agama selindung kezaliman - Che Puan Khaleeda
Che Puan Khaleeda dengan tegas bertitah, agama seharusnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan serta kesejahteraan masyarakat.
Kertas siasatan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia telah lengkap - KPN
Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan 11 individu termasuk Dr Mashitah, suami
Polis selesai merakam keterangan 11 individu termasuk bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan suaminya berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Siasatan kes pemerdagangan manusia dikaitkan bekas menteri dilakukan dengan tertib, cermat
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis juga akan memanggil beberapa lagi individu yang terlibat untuk melengkapkan kertas siasatan.
Suspek pemerdagangan manusia dengan 36 pasport ditahan di Pakistan
Suspek yang turut terlibat dalam kes penipuan visa didapati memiliki 36 pasport Pakistan.
Pegawai, tiga anggota polis ditahan bantu siasatan pemerasan
Seorang pegawai dan tiga anggota polis ditahan minggu lepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan wang RM45,000 daripada dua ahli perniagaan.