Program Jelajah Untukmu Rohingya anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) diteruskan dengan penganjuran Forum Solidariti Bersama Rohingya di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Sabtu lepas.
Forum yang dirasmikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Ahmad Rashidi Hazizi dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) itu menghimpunkan kira-kira 150 peserta termasuk dari United Kingdom dan Perancis.
Koordinator program merangkap Setiausaha Serantau Muslim, Hakim Mohd Nor berkata forum itu dianjurkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu sebagai simbolik dan mengambil pengajaran daripada tragedi Rohingya mengenai pentingnya pengukuhan identiti bangsa.
"Program ini adalah kesinambungan program yang telah dibuat di Kuala Lumpur dan Jakarta. Kami sedang berusaha menjelajah ke seluruh dunia dalam memberi kesedaran kepada semua tentang kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara seakidah kita di Rakhine, Myanmar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Hakim yang juga ahli panel forum tersebut berkata tragedi penindasan etnik Rohingya hanya dapat dihentikan melalui desakan umat dunia terhadap pentadbiran kerajaan Myanmar pimpinan Aun Saan Suu Kyi untuk menggubal perlembagaan 1982 dengan mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara sah.
Pada forum itu, Pengerusi DMDI Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam turut melancarkan sebuah buku bertajuk 'Duka Rohingya di Bumi Arakan' yang mengisahkan sejarah Rohingya dan rentetan penindasan terhadap kaum minoriti itu di Myanmar.
Jelajah itu dijangka diteruskan ke Sri Lanka pada Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017

Forum itu dianjurkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu sebagai simbolik dan mengambil pengajaran daripada tragedi Rohingya mengenai pentingnya pengukuhan identiti bangsa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

DMDI gesa tentera pengaman PBB dihantar ke Gaza
DMDI berpandangan tindakan keganasan Israel itu perlu dihentikan segera dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.

DMDI gesa Myanmar benarkan pasukan penyiasat PBB siasat dakwaan penindasan
Myanmar sebagai sebuah negara yang telah lama menyertai ASEAN sepatutnya memahami prinsip demokrasi yang diamalkan oleh semua negara anggota kumpulan serantau itu.

Forum Solidariti Bersama Rohingya dianjur di London
Program Jelajah Untukmu Rohingya anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) diteruskan dengan penganjuran Forum Solidariti Bersama Rohingya di London.

ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI
ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai.

Pilihan raya tentukan masa depan negara, bukan demonstrasi jalanan
Rakyat negara ini perlu menggunakan pilihan raya, bukannya demonstrasi jalanan, untuk menentukan hala tuju dan pemimpin negara, kata Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam.

SJK digesa kaji semula sistem pembelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini digesa mengkaji semula sistem pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu bagi memperkukuh penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajarnya.