Filem genre animasi mampu dijadikan sebagai platform untuk mendidik generasi muda hari ini, khususnya kanak-kanak pra sekolah, mengenali tokoh pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan tidak terlalu mengagung-agungkan adiwira barat sebagai idola mereka, Kata Timbalan Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin.
"Jika dilihat hari ini terdapat lambakan pelbagai filem animasi seperti Batman, Superman dan sebagainya di kaca televisyen sehingga kanak-kanak lebih mengenali adiwira barat berbanding dengan tokoh tempatan.
"Jalan terbaiknya ialah kita perlu juga menghasilkan filem animasi yang berkisar tentang tokoh pahlawan Melayu seperti Hang Tuah agar generasi baharu kenal siapa 'super hero' sebenar mereka dan tidak terlalu taksub dengan watak rekaan itu ," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Bernama sebelum ini, generasi muda hari ini lebih mengenali watak adiwira barat berbanding pahlawan Melayu yang semakin dilupakan dan hanya dianggap sebagai mitos.
"Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri, siapa lagi yang ingin angkat semula tokoh pahlawan Melayu yang semakin suram dalam masyarakat hari ini.
"Saya harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang," katanya.
Beliau berkata banyak kisah Hang Tuah yang menarik untuk dijadikan sebagai filem animasi, antaranya kisah Hang Tuah berlawan dengan lanun; Hang Tuah dan Tun Teja; pelayaran Hang Tuah ke Majapahit, Turki dan sebagainya; yang bukan sekadar hiburan kosong tetapi dapat mendidik masyarakat.
Beliau berkata secara tidak langsung nilai murni seperti kepahlawanan, kesetiaan kepada Sultan (pemerintah), setia kawan, keberanian dan sebagainya yang terdapat pada watak Hang Tuah dapat mendidik anak muda menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta negara.
Pengkaji sejarah Melayu itu berkata selain itu, cerita mengenai pahlawan Melayu perlu dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah mahupun sekolah menengah agar anak muda tidak lupa sejarah nenek moyang mereka.
"Kisah Hang Tuah mahupun pahlawan Melayu lain hendaklah disebut dalam sukatan pelajaran sejarah walaupun satu muka surat apabila menyebut mengenai pahlawan Melayu agar generasi hari ini mengenali asal usul dan jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Turut berkongsi pendapat, Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Khamis Abas yang berpendapat usaha mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar mengenali sejarah perlu bermula dari peringkat awal.
"Saya menyokong cadangan agar filem animasi Hang Tuah diterbitkan agar generasi muda hari ini dapat mengenali tokoh pahlawan Melayu itu," katanya.
Beliau berkata usaha tersebut perlu dilakukan secara bersama dan perselisihan pendapat mengenai teori kewujudan Hang Tuah perlu dikurangkan agar semua pihak dapat melihat perkara ini dari kaca mata yang lebih luas yang boleh mendatangkan manfaat kepada negara.
"Jika kita lihat bahawa pengkaji sejarah China dan pelancong sanggup datang ke Melaka semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah Laksamana Cheng Ho kerana rakyatnya sehati sejiwa menerimanya sebagai ikon.
"Kita perlu melakukan perkara yang sama terhadap tokoh pahlawan Melayu seperti menjadikan Laksamana Hang Tuah yang bukan hanya terkenal dengan kepahlawanan sebaliknya seorang yang taat kepada Sultan menjadi ikon kepada rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 17 2019

Cerita mengenai pahlawan Melayu perlu dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah mahupun sekolah menengah agar anak muda tidak lupa sejarah nenek moyang mereka. - Facebook HangTuahCentre/Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.

Filem 'The Flash' kumpul AS$55 juta dalam tiga hari pertama tayangan
Ia masih dianggap rendah mengikut standard filem adiwira di mana tayangan pertama kebiasaannya mencecah AS$100 juta.

Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara
Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempat

Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong
Pembida yang berjaya itu disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem.

Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain
Saman sivil yang difailkan oleh Marvel bertujuan menyekat sebarang tuntutan hak dibuat oleh pengkarya asal.

'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.

Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai 'adiwira' tidak didendang.

Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.

Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak
Pelakon bharu, Iman Vellani pada Rabu mengesahkan dia akan membuat penampilan sulung sebagai Ms Marvel, watak Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.