Rakyat negara ini perlu menggunakan pilihan raya, bukannya demonstrasi jalanan, untuk menentukan hala tuju dan pemimpin negara, kata Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Justeru beliau meminta rakyat tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan esok kerana ia bakal mengundang pelbagai kesan negatif dan menjejaskan keamanan serta keselamatan masyarakat.
"Rakyat Malaysia jangan terikut-ikut cara Bersih yang tidak bersih itu. Kita harap rakyat tidak keliru dan tidak perlu menyokong perhimpunan tersebut, biarlah cara memilih kerajaan ini dibuat secara peti undi, bukannya melalui demonstrasi.
"Lagipun pilihan raya umum tidak lama lagi. Sebelum ini kumpulan Bersih terbalikkan kereta, pijak gambar pemimpin, menghina raja dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Konvensyen DMDI Ke-17 oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di sini hari ini.
Mohd Ali berkata perhimpunan itu juga tidak relevan kerana disertai kumpulan minoriti yang bergerak demi kepentingan sendiri serta parti politik seperti DAP serta PKR dan ia tidak mewakili rakyat negara ini.
Katanya kumpulan itu juga harus memilih lokasi yang lebih sesuai bagi mengadakan perhimpunan berkenaan kerana Dataran Merdeka adalah tempat awam dan perhimpunan tersebut dikhuatiri akan menimbulkan provokasi.
Mohd Ali juga meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak melibatkan diri dengan perhimpunan tersebut kerana beliau dipergunakan pihak berkepentingan dalam perhimpunan berkenaan.
"Sebagai seorang negarawan, Tun Dr Mahathir tak payahlah sokong Bersih kerana ia akan mengundang lebih banyak kritikan dan menjejaskan kredibilitinya seperti yang berlaku tahun lepas apabila beliau menyertai perhimpunan itu," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta pihak berwajib agar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penganjur perhimpuan tersebut menerima dana luar yang dikaitkan dengan jutawan George Soros kerana perbuatan berkenaan adalah bertentangan dengan kepentingan negara. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
![Pilihan raya tentukan masa depan negara, bukan demonstrasi jalanan Pilihan raya tentukan masa depan negara, bukan demonstrasi jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81457254485_AliRustam.jpg)
Mohd Ali juga meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak melibatkan diri dengan perhimpunan tersebut kerana beliau dipergunakan pihak berkepentingan dalam perhimpunan berkenaan. - Gambar fail
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473088361_DSSyedAliAlhabshee.jpg)
Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA perlu dilihat secara rasional dan tidak dibayangi oleh kepentingan politik pihak tertentu.
![Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479729167_TangkapanDibebas.jpg)
Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.
![Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479608458_BERSIH.jpg)
Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menggesa jentera parti bergerak terus ke hadapan dan menganggap tiada sebarang ancaman mahupun benda baharu dalam perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
![Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479567148_BERSIHKLCC.jpg)
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
![Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479608577_TunMMahathirMoha.jpg)
Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.
![Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479633078_SidangMediaBersih.jpg)
Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari memaklumkan, perhimpunan Bersih akan terus diadakan meskipun tindakan keras dikenakan.
![Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479608458_BERSIH.jpg)
Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.
!['UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah' 'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479578648_950x600.jpg)
'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Tiada penglibatan dalam perhimpunan itu malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri dan bahagian, kata MB Perak.
!['Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah' 'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479573515_BERSIHKLCC.jpg)
'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
Beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.
![Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437628325_TIANCHUA.jpg)
Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis di kediamannya pada Sabtu malam berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 5.