MANILA: Jabatan Pertanian-Biro Perindustrian Haiwan (DA-BAI) Filipina pada Jumaat mengesahkan kes pertama demam Q di negara itu membabitkan kambing yang diimport dari Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).


Ringkasan AI
  • Jabatan Pertanian-Biro Perindustrian Haiwan (DA-BAI) Filipina mengesahkan kes pertama demam Q di negara itu, melibatkan kambing yang diimport dari Amerika Syarikat.
  • Semua kambing yang dijangkiti telah dihapuskan di ladang terpencil di Pampanga dan Marinduque untuk memastikan keselamatan haiwan dan manusia.
  • BAI telah mengambil langkah tegas untuk mengawal penyakit ini dan mencegah penularan lanjut. Sebanyak 94 kambing yang diimport telah terjejas oleh demam Q.


Demam Q merupakan penyakit zoonotik yang disebabkan bakteria Coxiella Burnetii, boleh menular kepada manusia melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti atau najisnya.

Dalam satu sidang media, Pegawai Perkhidmatan Kuarantin Veterinar Nasional BAI, Dr Christian Daquigan berkata 19 sampel dari kambing yang diimport diuji positif demam Q selepas beberapa siri ujian.

Beliau berkata semua kambing yang dijangkiti telah "dihapuskan di ladang terpencil" di Pampanga dan Marinduque untuk memastikan keselamatan haiwan dan manusia.

Malah kambing yang belum diuji juga telah dikurangkan untuk menghapuskan sebarang kemungkinan sumber jangkitan demam Q, katanya.

Setakat ini, sebanyak 94 kambing yang diimport terjejas, lapor PNA.

"BAI mengambil langkah tegas untuk mengawal penyakit ini dan mencegah penularan lanjut," kata Daquigan.

-- BERNAMA