Ringkasan AI
- Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza akan bermula Isnin ini untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan satu hari lagi.
- Hanya vaksinasi di Gaza tengah telah disahkan buat masa ini, sementara situasi di Gaza utara masih genting akibat pengepungan tentera Israel.
- Virus polio yang telah dihapuskan lebih 20 tahun lalu kini kembali disebabkan oleh keadaan kesihatan yang merosot akibat serangan tentera Israel.
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.
Buat masa ini, hanya vaksinasi di Gaza tengah telah disahkan, lapor Al Jazeera.
Ia susulan situasi genting di Gaza utara di mana tentera Israel sedang mengepung kawasan tersebut menyebabkan ratusan ribu orang terperangkap dan tidak dapat keluar.
Fasa pertama vaksinasi polio telah dilaksanakan September lalu melibatkan rata-ratanya golongan kanak-kanak.
Virus yang telah dihapuskan di kawasan tersebut lebih 20 tahun lalu kini kembali disebabkan oleh keadaan kesihatan yang semakin merosot akibat serangan tentera Israel.