MOSCOW: Dokumen sulit Pentagon yang bocor baru-baru ini mendedahkan Hungary mungkin secara rahsia membiarkan sekutu NATO menggunakan ruang udaranya untuk menghantar bekalan senjata ke Ukraine, lapor Sputnik.
Fail rahsia Pentagon yang bocor dalam talian sejak beberapa minggu kebelakangan ini, memberikan butiran sensitif tentang pelbagai topik keselamatan berkenaan Ukraine, China dan Asia Barat.
Dokumen itu mendedahkan Hungary, yang berkongsi sempadan kecil dengan Ukraine, didakwa membenarkan senjata melalui ruang udaranya walaupun berjanji untuk mengharamkan pergerakan itu dengan salah satu fail mengandungi butiran rancangan untuk memindahkan helikopter yang disediakan oleh Croatia ke Ukraine melalui Hungary, lapor akhbar Politico pada Jumaat.
Satu lagi dokumen berpalang "rahsia besar," yang mengandungi maklumat mengenai kenyataan Perdana Menteri Hungary Viktor Orban pada 2 Mac, bahawa AS merupakan "salah satu daripada tiga musuh utama partinya" dilihat sebagai peningkatan tahap retorik anti-Amerika," lapor akhbar itu.
Sejak awal konflik, Hungary secara konsisten menentang sekatan ke atas kapal pengangkut bahan api Rusia serta bekalan senjata ke Ukraine.
Pada awal Mac tahun lepas, parlimen Hungary mengeluarkan dekri yang melarang bekalan senjata ke Ukraine dari wilayah Hungary.
Menteri Luar Hungary Peter Szijjarto turut menjelaskan bahawa Budapest mahu melindung keselamatan wilayah Zakarpattia, tempat tinggal etnik Hungary, memandangkan bekalan senjata melalui wilayahnya itu akan menjadikannya sasaran sah tentera Rusia.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Fri Apr 14 2023
Fail rahsia Pentagon yang bocor dalam talian sejak kebelakangan ini, memberikan butiran sensitif tentang pelbagai topik keselamatan. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pentagon: Laporan UFO meningkat, lebih 700 kes didokumenkan
Lebih 700 laporan mengenai UFO dibuat pada tahun lepas, menurut laporan yang diterbitkan pada Khamis oleh Pentagon dan laporan Pengarah Perisikan Negara.
AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Amerika Syarikat menandatangani kontrak bernilai lebih AS$33.1 bilion untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi kepentingan Jabatan Pertahanan.
Korea Utara hantar 10,000 tentera untuk berlatih di Rusia - Pentagon
Pentagon mendakwa, jumlah tersebut lebih tiga kali ganda daripada anggaran sebelumnya ketika NATO beri amaran mengenai bahaya perang Ukraine - Rusia yang berpotensi meluas.
AS tidak terlibat operasi membunuh pemimpin Hamas
Pentagon mengakui maklumat risikan mereka membantu Zionis memahami pergerakan Yahya.
Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.
Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
Pentagon zahir hasrat beli Starship untuk kegunaan misi sensitif
SpaceX mengesahkan mereka telah dihubungi oleh pihak Pentagon.
AS, China bincang Strategi Siber 2023 - Pentagon
Pegawai pertahanan AS dan China bertemu di Pentagon untuk membincangkan Ringkasan Strategi Siber 2023 yang baru dikemas kini, menurut Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan media.
Pentagon terlebih anggar nilai senjata, peralatan diberikan kepada Ukraine
Pentagon membuat anggaran berlebihan bagi nilai senjata dan peralatan yang dihantar ke Ukraine sebanyak US$6.2 bilion sejak dua tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 April 2023.